Isnin, 9 April 2018 | 1:40am
PELUMBA Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin mengakhiri perlumbaan di kedudukan kelima pada Grand Prix Argentina. - Foto FB SIC Racing Team
PELUMBA Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin mengakhiri perlumbaan di kedudukan kelima pada Grand Prix Argentina. - Foto FB SIC Racing Team

Tunggangan sempurna Adam Norrodin

KUALA LUMPUR: Adam Norrodin menampilkan tunggangan sempurna untuk meraih tempat kelima pada Grand Prix Argentina, sebentar tadi, sekali gus penamat terbaik kariernya selepas dua musim beraksi dalam saingan Moto3.

Pelumba Petronas Sprinta Racing itu menamatkan saingan 9.112 saat di belakang pemenang Marco Bezzechi (Redox PruestelGP) dari Itali yang melintasi garisan penamat dengan catatan 41 minit 43.822s di Litar Termas de Rio Hondo.

Adam mempamerkan prestasi cemerlang sejak latihan bebas Jumaat lalu, yang mana dia muncul kedua terpantas, dan merakam keempat terbaik pada sesi kelayakan Sabtu lalu.

Rakan sepasukannya Ayumu Sasaki (Jepun) sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 (+29.252s) selepas bermula daripada petak ke-13.

Berita Harian X