Jumaat, 31 Mei 2024 | 6:32pm
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah), bergambar selepas menghadiri sidang media Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Sarawak 2024.

Pusat Boling Megalanes Sarawak berwajah baharu

KUCHING: Sarawak kini siap sedia untuk menganjurkan Sukan Malaysia 2024 (SUKMA 2024) dengan pembukaan venue boling yang sudah dinaik taraf di Pusat Boling Megalanes Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Sarawak yang berlangsung dari 10 hingga 15 Jun di venue berkenaan bakal menjadi medan ujian.

"Ini mungkin menjadi (pertandingan) terbesar ABAS (Persatuan Amatur Boling Sarawak) yang akan dianjurkan berdasarkan jumlah peserta," katanya selepas meninjau venue berkenaan.

Beliau berkata lebih 600 peserta dari 11 negara, termasuk juara tahun lalu, Cheah Yung Ren dari Kuala Lumpur dan juara 2022 serta pemain boling Jelajah Persatuan Pemain Boling Profesional (PBA), Dominic Barrett dari United Kingdom sudah mengesahkan penyertaan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, bercakap pada sidang media Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Sarawak 2024 selepas membuat gimik pelancaran alat "bowling lane oil machine" untuk kegunaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Megalane Sarawak, Jalan Batu Kawa, hari ini. - Foto: BERNAMA

Abdul Karim berkata, pemain boling negara seperti Muhammad Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Fishol dan Natasha Roslan akan turut bertanding serta pemain boling SUKMA dari Sarawak dan beberapa negeri lain.

"Mereka pasti akan menghantar pasukan SUKMA (boling) kerana mahu mencuba (kemudahan baharu yang dinaik taraf) di Megalanes Sarawak," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X