Ahad, 28 April 2024 | 11:27pm
Pasukan Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama pada pusingan kedua Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China yang berlangsung di Impian Golf & Country Club. - NSTP/Aswadi Alias
Pasukan Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama pada pusingan kedua Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China yang berlangsung di Impian Golf & Country Club. - NSTP/Aswadi Alias

Malaysia juara pusingan kedua

KAJANG: Pasukan Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama pada pusingan kedua Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China yang berlangsung di Impian Golf & Country Club, hari ini.

Malaysia yang berkongsi kejuaraan pada pertemuan sulung di The Mines Resort & Golf Club, Februari lalu berjaya mengatasi pasukan China selepas meraih 174 mata berbanding lawan, 167 mata.

Seramai 100 peserta menyertai pertandingan kali ini yang dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China dengan setiap pasukan diwakili 50 pemain.

Kapten pasukan Malaysia, Nik Saiful Nik Mokhtar berkata, kemenangan itu nyata berbaloi apatah lagi pasukan sudah melakukan persiapan rapi termasuk menjalani latihan secara bersama di lapangan.

Peserta pasukan Malaysia (jersi kuning) ketika Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China, di Impian Golf & Country Club. - NSTP/Aswadi Alias
Peserta pasukan Malaysia (jersi kuning) ketika Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China, di Impian Golf & Country Club. - NSTP/Aswadi Alias

Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama pada pusingan kedua Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China yang berlangsung di Impian Golf & Country Club. - NSTP/Aswadi Alias
Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama pada pusingan kedua Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China yang berlangsung di Impian Golf & Country Club. - NSTP/Aswadi Alias

"Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan berkesudahan dengan keputusan seri. Jadi untuk pusingan kedua ini, kita memberikan saingan sebenar dan berjaya menang tipis dengan perbezaan tujuh mata.

"Sudah tentu kami berpuashati dan gembira. Saya fikir perlawanan hari ni sangat menarik, cuaca sekejap panas dan ada seketika hujan dan ia memberikan kami semua satu pengalaman yang berbeza.

"Jadi ia sesuatu yang menarik buat semua pemain dan saya harap di pusingan ketiga nanti, semua pemain dapat meningkatkan keupayaan diri atau ada lebih lagi pembabitan pemain wanita serta remaja," kata Nik Saiful atau lebih dikenali sebagai Nik Caerus ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, hari ini.

Saingan ini turut mendapat perakuan Persatuan Golf Malaysia (MGA) serta sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Tourism Malaysia.

The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP pula selaku media rasmi pertandingan ini menerusi akhbar New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah adalah Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim dan Pengarang Eksekutif NST, Sharanjit Singh.

Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pada pusingan kedua Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China yang berlangsung di Impian Golf & Country Club. - NSTP/Aswadi Alias

Kejohanan dianjurkan WDA Technology Sdn Bhd selaku penganjur utama manakala The Golf Goddess penganjur bersama.

Selain trofi kejuaraan, pertandingan ini yang mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat industri kecil sederhana (IKS) Malaysia dan China, turut diserikan dengan hadiah tiga pemain terbaik kategori gross, Medal A serta B dan pemain terbaik wanita.

Mohammad Hisham Sarjeet mempertahankan kemenangan dimenanginya dalam kategori gross.

Untuk kategori Medal A (handicap 1-18) pula dimenangi pemain Malaysia, Jeffery Loh.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif WDA Technology Sdn Bhd, Martial Loh Yeng Kiat berkata, pusingan kedua kali ini berjaya menarik lebih ramai penaja bagi menyokong kejohanan.

Pusingan ketiga kejohanan dijadual berlangsung di Sungai Long Golf & Country Club (SLGCC) pada 23 Jun ini sebelum Templer Park Golf Club menjadi venue seterusnya (24 Ogos).

Aksi pemain ketika melakukan pukulan pertama pada pusingan kedua Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China yang berlangsung di Impian Golf & Country Club. - NSTP/Aswadi Alias

Glenmarie Golf & Country Club bakal menjadi lokasi kelima pada 27 Oktober manakala kemuncak kejohanan berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, 15 Disember ini.

"Pusingan seterusnya adalah di Sungai Long. Harap lebih ramai lagi yang akan menyertainya... paling tidak dalam 120 peserta iaitu 60 wakil dari Malaysia dan juga 60 dari China.

"Di pusingan pertama, kita menerima sebanyak 108 peserta. Jadi kita mengharapkan lebih ramai dapat menyertai pusingan akan datang selain meraih lebih banyak penaja tampil supaya kejohanan akan menjadi lebih premium," kata Martial.

Berita Harian X