Rabu, 17 April 2024 | 2:19pm
Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan. – Foto AGENSI
Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan. – Foto AGENSI

Obor Olimpik Paris dibawa ke Perancis

ATHENS: Obor Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis selepas upacara tradisi menyalakannya berlangsung di Olympia, Greece, yang mana Sukan Olimpik bermula suatu masa dahulu, lapor agensi berita Anadolu.

Kali pertama digunakan pada Sukan Olimpik Musim Panas 1936 di Berlin, 100 pembawa obor akan membawa api itu sejauh 5,000 kilometer melalui 41 bandar selepas berlayar di laut di atas kapal layar, Belem.

"Pada Paris 2024, dengan lebih dua bulan bertemasya tanpa gangguan, kita hidup dalam pengembaraan hebat bersama, di semua wilayah dengan jutaan rakyat Perancis di belakang sukan ini," memetik kata-kata Tony Estanguet, Presiden Paris 2024 di lawan sesawang Olympics.com.

"Kami mahu membuatkan orang bermimpi, kami mahu menunjukkan Perancis yang bersinar. Kami bertuah untuk mendapat sokongan kuat dari semua rantau," katanya.

Larian berganti-ganti obor Olimpik itu akan bermula di Perancis pada 8 Mei ini selepas obor yang menyala itu tiba di Marseille.

Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 adalah acara terbesar yang dianjurkan di Perancis.

Temasya Olimpik akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos. – BERNAMA

Berita Harian X