Khamis, 4 April 2024 | 9:46pm
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan bantuan kurniaan baginda kepada 24 orang bekas atlet pada Majlis Ihya Ramadan FMT-YAKEB 2024 hari ini. - Foto BERNAMA

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar dan beramah mesra selepas menyampaikan bantuan kurniaan baginda kepada 24 orang bekas atlet pada Majlis Ihya Ramadan FMT-YAKEB 2024 hari ini. - Foto BERNAMA

Sultan Pahang sampaikan sumbangan Aidilfitri kepada bekas atlet

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Ihya Ramadan 2024 di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada majlis anjuran Free Malaysia Today (FMT) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu, baginda mengurniakan bantuan kewangan sempena Aidilfitri kepada 24 bekas atlet yang hadir.

Turut menerima kurniaan itu 26 lagi bekas atlet yang tidak hadir dan bantuan tersebut akan dideposit ke akaun masing-masing.

Hadir sama Presiden YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar yang sebelum itu menyampaikan zakat wakalah bernilai RM50,000 untuk diagih kepada bekas atlet terbabit.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama tetamu. - BERNAMA

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan bantuan kurniaan baginda kepada 24 orang bekas atlet antaranya bekas pemain bola sepak, Khalid Jamlus pada Majlis Ihya Ramadan FMT-YAKEB 2024 hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X