Selasa, 2 April 2024 | 12:17pm
Pertarungan epik antara Muhammad Ali (kiri) dan Joe Frazier di Manila, Filipina pada tahun 1975. - Foto AGENSI
Pertarungan epik antara Muhammad Ali (kiri) dan Joe Frazier di Manila, Filipina pada tahun 1975. - Foto AGENSI
Seluar dipakai Muhammad Ali ketika pertarungan epik ‘Thrilla in Manila’ menentang Joe Frazier pada tahun 1975. - Foto AGENSI
Seluar dipakai Muhammad Ali ketika pertarungan epik ‘Thrilla in Manila’ menentang Joe Frazier pada tahun 1975. - Foto AGENSI

Seluar legenda tinju Muhammad Ali dilelong

NEW YORK: Seluar dipakai Muhammad Ali ketika pertarungan epik 'Thrilla in Manila' menentang Joe Frazier mampu mencecah harga 5 juta pound (RM29.75 juta).

Legenda tinju heavyweight itu menewaskan lawannya dalam 14 pusingan pada tahun 1975 tetapi menganggap cuaca panas di ibu negara Filipina itu lebih mencabar.

Seluar putih dengan tulisan hitam Everlast dan turut ditandantangani Ali akan dilelong di Sotheby's New York.

Pertarungan di Manila itu mencecah suhu 48 darjah Celcius dan berlangsung sehingga 42 minit.

"Kami ke Manila sebagai juara, Joe dan saya, dan kami pulang sebagai orang tua," kata Ali.

Penglihatan Frazier terjejas selepas pertarungan itu dan dia hanya bertarung sebanyak dua kali sebelum mengambil keputusan bersara.

Ali meneruskan karier untuk enam tahun lagi dan pada tahun 1984, tiga tahun selepas bersara, dia didapati menghidap Parkinson.

Legenda tinju itu meninggal dunia pada usia 74 tahun, selepas tiga dekad bertarung melawan Parkinson, pada 3 Jun 2016.

Lelongan Minggu Sukan di New York itu turut menampilkan kasut Michael Jordan dan bintang bola keranjang NBA lain. - AGENSI

Berita Harian X