Rabu, 20 March 2024 | 4:53pm
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh ketika sesi latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh ketika sesi latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD

New Zealand ujian pertama Sarjit

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara bakal menguji New Zealand dalam satu perlawanan persahabatan pada 1 Mei ini sebagai persiapan menjelang Piala Sultan Azlan Shah dan ia bakal menjadi 'ujian' pertama buat jurulatih baharu, Sarjit Singh.

Sarjit yang menggantikan tempat Arul Selvaraj berkata, perlawanan berkenaan akan dianjurkan di Ipoh dengan pasukan Black Sticks akan dibarisi pasukan terbaik mereka yang sedang dalam persiapan ke Olimpik Paris 2024.

"New Zealand dijangka tiba pada 28 April dan kemudian kami mengatur satu perlawanan dengan mereka pada 1 Mei di Ipoh. Mereka pastinya dibarisi pemain terbaik kerana ia juga adalah sebagai persiapan mereka untuk beraksi di Olimpik.

"Kami juga cuba aturkan perlawanan dengan Pakistan kerana pasukan negara akan bermain dengan mereka dalam satu kumpulan yang sama di Piala Negara-Negara," kata Sarjit.

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024 dijadual berlangsung dari 4 hingga 11 Mei ini dengan penyertaan enam negara iaitu Kanada, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

Skuad Speedy Tigers selepas itu dijadual menyertai Piala Negara-Negara di Poland dari 31 Mei hingga 9 Jun ini.

Seramai 46 pemain dipilih untuk menyertai kem latihan dan pemilihan pasukan hoki lelaki kebangsaan yang baharu berdasarkan prestasi yang dipamerkan mereka dalam saingan Liga Hoki Malaysia (TNB MHL 2024) lalu.

Berita Harian X