Sabtu, 9 March 2024 | 7:53am
Ketua jawatankuasa kordinasi Paris 2024, Pierre-Olivier Beckers-Vieujant berkata, konflik di Gaza dan
Ketua jawatankuasa kordinasi Paris 2024, Pierre-Olivier Beckers-Vieujant berkata, konflik di Gaza dan

IOC tidak akan gantung Israel

PARIS: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak akan menggantung Israel daripada menyertai Olimpik Paris walaupun negara haram itu sudah membunuh lebih 30,000 rakyat Palestin sejak lima bulan lalu.

Ketua jawatankuasa kordinasi Paris 2024, Pierre-Olivier Beckers-Vieujant berkata, konflik di Gaza dan

perang Russia-Ukraine adalah dua situasi berbeza.

"Tidak timbul persoalan untuk menggantung (Israel) sekarang. Faktor yang menjurus IOC untuk menggantung Russia dan kemudian Jawatankuasa Olimpik Russia (ROC) sangat khusus.

"Russia dan ROC melanggar elemen penting Piagam Olimpik. Jawatankuasa Olimpik Palestin dan Jawatankuasa Olimpik Israel tidak begitu, mereka hidup secara aman bersama. Jelas sekali ini situasi berbeza," kata Beckers-Vieujant.

Hanya empat hari selepas Russia menyerang Ukraine pada Februari 2022, IOC dengan lantang memaksa semua persekutuan sukan antarabangsa melarang atlet Russia dan Belarus daripada menyertai pertandingan anjuran mereka serta membatalkan kesemua acara sukan di Russia.

Ketua IOC, Thomas Back berkata, Russia melanggar piagam Olimpik di atas serangan itu, yang berlaku selepas Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

IOC menggantung ROC pada Oktober tahun lalu selepas mereka memasukkan organisasi sukan di timur Ukraine yang diduduki Russia sebagai ahli.

Atlet Russia dan Belarus dibenarkan bertanding di Paris 2024 sebagai atlet berkecuali, tiada acara berpasukan, selagi mereka tidak menyokong perang di Ukraine.

IOC menganggarkan hanya lapan atlet Russia dan tiga dari Belarus layak bertanding secara berkecuali, walaupun Russia dilaporkan akan memboikot temasya itu.

Aktivis Palestin dan ahli-ahli Parlimen berhaluan kiri Perancis, menuntut Israel digantung oleh IOC kerana keganasan di Gaza yang kini sudah meragut 30,878 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Bach berkata, atlet-atlet Israel akan mendapat perlindungan istimewa sepanjang temasya di Paris. - AFP

Berita Harian X