Isnin, 26 Februari 2024 | 11:28am

Malaysia-China juara bersama golf sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia dan China berkongsi kejuaraan Siri Golf Hubungan Diplomatik Malaysia-China ke-50 yang diadakan di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan di sini, semalam.

Kedua-dua pasukan terikat jumlah kutipan mata dalam saingan sengit yang disertai 108 pemain dengan setiap pasukan diwakili 54 pemain.

Pertandingan ini yang buat pertama kalinya diadakan di negara ini, dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China pada tahun ini.

Ia dianjurkan oleh WDA Technology Sdn Bhd selaku penganjur utama manakala The Golf Goddess penganjur bersama.

Saingan ini turut mendapat perakuan Persatuan Golf Malaysia (MGA) serta sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Tourism Malaysia.

Antara peserta yang turut serta dalam Siri Golf Hubungan Diplomatik Malaysia-China ke-50 yang diadakan di The Mines Resort & Golf Club, semalam. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali
Antara peserta yang turut serta dalam Siri Golf Hubungan Diplomatik Malaysia-China ke-50 yang diadakan di The Mines Resort & Golf Club, semalam. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali

Pengarang Berita BH, Amirullah Andi Nur turut serta ketika “50th China Malaysia diplomatic relation golf series”, di the Mines Golf and Country, Seri Kembangan. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Pengarang Berita BH, Amirullah Andi Nur turut serta ketika “50th China Malaysia diplomatic relation golf series”, di the Mines Golf and Country, Seri Kembangan. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP pula selaku media rasmi pertandingan ini menerusi akhbar New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Selain trofi kejuaraan, pertandingan ini yang mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat industri kecil sederhana (IKS) Malaysia dan China, turut diserikan dengan hadiah tiga pemain terbaik kategori gross, Medal A serta B dan pemain terbaik wanita.

Pemain negara, Mohammad Hisham memenangi kategori gross manakala Medal A (handicap 1-18) menjadi milik Nik Saiful Lizam (Malaysia).

Medal B (handicap 19 ke atas) pula dimenangi Sun Hong Yu daripada China. Sammi Li pula menguasai kategori pemain terbaik wanita.

Penganjur turut menyediakan hadiah `novelty' seperti `Nearest to the pin' (NTP, 'Nearest to the line (NTL), `Longest drive' dan `Nearest to the flag' di semua 18 lubang dengan pemenang membabitkan lima hingga pemain setiap satu.

Keseluruhan hadiah dianggarkan bernilai RM60,000.

Antara peserta yang turut serta dalam Siri Golf Hubungan Diplomatik Malaysia-China ke-50 yang diadakan di The Mines Resort & Golf Club, semalam. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali
Antara peserta yang turut serta dalam Siri Golf Hubungan Diplomatik Malaysia-China ke-50 yang diadakan di The Mines Resort & Golf Club, semalam. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali

Antara peserta yang turut serta ketika “50th China Malaysia diplomatic relation golf series”, di the Mines Golf and Country, Seri Kembangan. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Antara peserta yang turut serta ketika “50th China Malaysia diplomatic relation golf series”, di the Mines Golf and Country, Seri Kembangan. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, Ketua Pegawai Eksekutif WDA Technology Sdn Bhd, Martial Loh Yeng Kiat melahirkan rasa gembira dengan kejayaan penganjuran pertandingan berkenaan.

Katanya, pertandingan diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang disambut pada tahun ini.

"Kita anjurkan pertandingan ini sebab kita lihat sukan golf sebagai landasan terbaik bagi pemain kedua-dua pasukan untuk menjalin rangkaian hubungan lebih baik termasuk berkaitan perniagaan dan IKS," katanya.

Hadir sama Pengarang Urusan Kumpulan NSTP merangkap Pengarang Kumpula Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sementara itu, pengasas The Golf Goddess, Ayu Jusoh melahiran rasa gembira pihaknya kerana dapat menganjurkan bersama pertandingan berkenaan dan berharap ia dapat mencapai objektif.

Selepas The Mines Resort & Golf Club, pertandingan ini akan diteruskan di Impian Golf & Country Club pada 28 April, Stafffiled Golf Club (23 Jun), Templer Park Golf Club (24 Ogos.

Selain itu, Glenmarie Golf & Country Club pada 27 Oktober dan majlis penutup di Kuala Lumpur Golf & Country Club pada 15 Disember.

Pemain Malaysia dan China sebelum memulakan pertandingan Siri Golf Hubungan Diplomatik Malaysia-China ke-50 yang diadakan di The Mines Resort & Golf Club, semalam. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR 25 FEBRUARI 2024. Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bersama dengan penaja "NSTP - 50th China Malaysia diplomatic relation golf series" di The Mines Golf & Country Club. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Martial Loh (tengah) menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan China, Ouyang Jiangbo (kanan) dan ketua pasukan Malaysia,, Nik Saiful Lizam Nik Mokhtar. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
Martial Loh (tengah) menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan China, Ouyang Jiangbo (kanan) dan ketua pasukan Malaysia,, Nik Saiful Lizam Nik Mokhtar. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
Berita Harian X