Khamis, 22 Februari 2024 | 3:53pm
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) melakukan putting tanda perasmian PNAGS 2024 di The Mines Resort & Golf Club hari ini sambil disaksikan Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin (dua kanan); Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (dua kiri); Presiden WAGC, Isac Saminathan (kanan) dan Pengerusi pertandingan, Lokman Ishak.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) melakukan putting tanda perasmian PNAGS 2024 di The Mines Resort & Golf Club hari ini sambil disaksikan Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin (dua kanan); Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (dua kiri); Presiden WAGC, Isac Saminathan (kanan) dan Pengerusi pertandingan, Lokman Ishak.

Golf PNAGS edisi 2024 bakal mengegar 14 negeri

KUALA LUMPUR: Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS) yang dinantikan ramai dan kini memasuki edisi keempat penganjurannya bakal, diadakan di 14 negeri tahun ini.

Pelancaran pertandingan khusus untuk pemain amatur di negara ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di The Mines Resort & Golf Club di sini, hari ini.

Saingan PNAGS 2024 bermula di The Mines Resort & Golf Club pada 29 Februari ini bagi pusingan kelayakan peringkat Wilayah Persekutuan manakala pusingan terakhir di Shan Shui Golf & Country Club, Tawau bagi peringkat Sabah pada 17 Ogos

Final atau kemuncak pertandingan bagi peringkat kebangsaan akan diadakan Forest City Golf Resort, Johor yang membabitkan dua pusingan pada 8 hingga 10 September.

Penganjur kejohanan, Delta World dalam satu kenyataan berkata saingan PNAGS 2024 terbuka kepada lelaki dan wanita dengan menggunakan format `strokeplay'.

Katanya, juara pertandingan akan berpeluang mewakili negara pada saingan Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) di Phuket, Thailand pada 26 Oktober hingga 3 November ini.

"Kita jangkakan edisi 2024 bakak menjanjikan saingan sengit dalam kalangan pemain amatur pada setiap pusingan kelayakan di 14 negeri nanti," kata kenyataan berkenaan.

Hadir sama Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin; Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA),Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor; Presiden WAGC, Isac Saminathan dan Pengerusi pertandingan, Lokman Ishak.

Hannah dalam pada itu memuji WAGC Malaysia atas kejayaan menganjurkan pertandingan berkenaan selama 12 tahun berturut-turut.

Katanya, Perodua selaku syarikat pengeluar kenderaan di negara turut memainkan penting dalam mengukuhkan penganjuran PNAGS.

"Kerjasama padu antara Kementerian Belia dan Sukan , Tourisma Malaysia dan MGA turut berjaya membantu PNAGS membangunkan sukan golf di negara ini termasuk program golf remaja," katanya.

Isac dalam ucapannya pula berkata sokongan padu penganjur sepanjang lebih lima tahun lalu membantu mengukuhkan penganjuran pertandingan selain memberi impak besar kepada komuniti golf di negara ini.

Jadual lengkap siri pertandingan -

1. Wilayah Persekutuan - The Mines Resort & Golf Club, 29 Februari

2. Selangor - Kelab Golf Seri Selangor, 7 Mac

3. Johor - Palm Resort Golf & Country Club, 18 April

4. Melaka - Ayer Keroh Golf & Country Club, 25 April

5. Negeri Sembilan - Staffield Country Resort, 9 Mei

6. Kelantan - Kelantan Golf & Country Club, 23 Mei

7. Terengganu - Bukit Besi Golf Club, 1 Jun

8. Pahang - Mahkota Golf & Country Club, 13 Jun

9. Perlis - Kelab Golf Sultan Sallehuddin (UUM), 22 Jun

10. Kedah - Permaipura Golf & Country Club, 4 Julai

11. P Pinang - Bukit Jawi Golf Resort, 18 Julai

12. Perak - Royal Perak Golf Club, 25 Julai

13. Sarawak - Damai Golf & Country Club 3 Ogos

14. Sabah - Shan Shui Golf & Country Club 17 Ogos

15. Final Kebangsaan - Forest City Golf Resort, Johor, 8-10 September

16. Final Dunia - Laguna Phuket, Thailand, 25 Oktober - 2 November

Berita Harian X