Isnin, 1 Januari 2024 | 7:17pm
Dua pemain negara, Anson Yeo (kanan) dan Jing Xuen masing-masing muncul juara pada Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023 (JJM2023) di Desaru, Johor. - Foto ihsan SAGC
Dua pemain negara, Anson Yeo (kanan) dan Jing Xuen masing-masing muncul juara pada Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023 (JJM2023) di Desaru, Johor. - Foto ihsan SAGC

Anson, Jing Xuen juara Johor Junior Golf Masters 2023

DESARU, Johor: Dua pemain negara, Anson Yeo dan Jing Xuen masing-masing muncul juara pada Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023 (JJM2023), di sini, hujung minggu lalu.

Anson memastikan kejuaraan miliknya bagi kategori lelaki A dengan mengenepikan cabaran rakan senegara, Rizq Adam Rohizam, dengan kelebihan 6 pukulan selepas mencatat 7 di bawah par.

Eagle di lubang tiga dan birdie di lubang 18, memastikan beliau sekali gus membawa pulang gelaran juara keseluruhan kategori lelaki selepas menewaskan pemain India, Kartik Singh yang juga juara kategori lelaki B, dengan kelebihan dua pukulan.

Bagi kategori perempuan, Jing Xuen merangkul kejuaraan untuk kategori B dan kategori keseluruhan, selepas menewaskan pemain China, Ren Yijia.

Pada hari terakhir saingan, Jing Xuen dilihat hilang tumpuan apabila sekadar mencatat 73 pukulan. Pun begitu dengan hanya berbekalkan kelebihan satu pukulan,ia sudah mencukupi buat Jing Xuen untuk mengatasi Yijia.

Johor Junior Golf Masters 2023 dianjurkan Southern Amateur Golf Club (SAGC) dan mendapat perkenan daripada Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku Presiden Persatuan Golf Johor (JGA).

Penganjur dalam satu kenyataan berkata, kejohanan bertaraf antarabangsa itu turut disokong Persatuan Golf Malaysia (MGA), Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Johor.

Ia berlangsung selama tiga hari di The Els Club, Desaru Coast, di sini.

Pemain daripada 10 negara menyertai kejohanan ini. Antaranya Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, India, China, Indonesia, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Keputusan -

Lelaki Gross -

1. Anson Yeo (Malaysia) 209 - 70, 71 ,68

2. Kartik Singh (India) 211 - 68, 73, 71

3. Rizq Adam Rohizam (Malaysia) 215 - 73, 71, 71

4. Guolin Zeng (China) 215 - 69, 71, 75

Perempuan Gross -

1. Jing Xuen Ng (Malaysia) 208 - 69, 66, 73

2. Ren Yijia (China) 209 - 72, 71, 66

3. Wang Zi Xuan (China) 211 - 71, 72, 68

4. Xin Yao Wang (Malaysia) 212 - 72, 69, 71

Berita Harian X