Isnin, 1 Januari 2024 | 5:06pm
Presiden PABK, Yahaya Sani (lima dari kanan) bersama atlet angkat berat Kedah selepas Mesyuarat Tahunan PABK di Menara Alor Setar semalam. - NSYP/IZZALI ISMAIL)
Presiden PABK, Yahaya Sani (lima dari kanan) bersama atlet angkat berat Kedah selepas Mesyuarat Tahunan PABK di Menara Alor Setar semalam. - NSYP/IZZALI ISMAIL)

Kedah sasar 3 emas angkat berat SUKMA 2024

ALOR SETAR: Persatuan Angkat Berat Kedah (PABK), meletakkan sasaran tiga pingat emas buat Kontinjen Kedah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak tahun ini.

Menurut PABK, Yahaya Sani, seramai 16 atlet angkat berat dari negeri itu bakal berjuang untuk memastikan pingat dapat dibawa balik ke Kedah dalam kejohanan dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

"Pada SUKMA 2024 ini, kita meletakkan sasaran tiga pingat emas kepada kontinjen Kedah. Kita akan beri sasaran untuk kategori 64 kilogram dan dua lagi kategori yang akan dilihat kembali.

"Lapan atlet lelaki dan lapan perempuan dikenal pasti untuk mengalas tanggungjawab berkenaan dan persiapan rapi sedang dan sudah kami dilakukan untuk membantu kontinjen mencapai sasaran ditetapkan.

"Persatuan ini mungkin tidak sehebat persatuan sukan negeri lain, tapi azam serta tekad kami adalah untuk melahirkan atlet-atlet angkat berat bukan.

"Mereja bukan sahaja boleh mewakili Kedah di SUKMA tetapi juga mampu melangkah ke peringkat antarabangsa seperti sukan Komanwel di masa depan," katanya.

Berita Harian X