Rabu, 29 November 2023 | 6:26pm
Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal (dua dari kanan) menyerahkan jersi terbaharu kepada Ketua Pegawai Penyelesaian Perniagaan Global Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim (dua dari kiri) sempena penajaan Piala Dunia Hoki Remaja 2023 dan pengenalan Jersi Sukan Hoki Kebangsaan di Ibu Pejabat TNB, hari ini. - BERNAMA

Jersi baharu Young Tigers kekal identiti kuning hitam

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja lelaki negara tampil dengan jersi baharu yang mengekalkan warna kuning dan hitam pada saingan Piala Dunia Remaja (JWC) 2023 berlangsung pada 5 hingga 16 Disimber ini, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata jersi yang direka khas oleh KHM itu mengekalkan identiti kuning dan hitam sebagai simbolik kepada skuad Malaysia selain terdapat bendera sebagai lencana di bahagian dada.

"Kuning dan hitam, saya rasa warna itu membawa semangat sebagai atlet Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Mock Cheque TNB dan Pengenalan Jersi Pasukan Young Tigers, di sini, hari ini.

Terdahulu, skuad Young Tigers menerima suntikan semangat dana sebanyak RM1 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penaja utama Young Tigers.

Sementara itu, mengenai persiapan penganjuran JWC, Subahan berkata segala persiapan berjalan lancar seperti dirancang oleh KHM.

"Kita amat yakin dapat anjurkan kejohanan dengan baik," katanya.

Menurut Subahan, tiga pasukan iaitu Chile, Australi dan Belgium telah tiba di Malaysia.

JWC ialah kejohanan dwitahunan bagi pemain hoki berusia 21 tahun ke bawah dan pada edisi kali ini, 16 pasukan mengambil bahagian. – BERNAMA

Berita Harian X