HANGZHOU: Atlet gimnastik artistik negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam hari ini menghadiahkan pingat gangsa yang keenam buat kontinjen negara di temasya Sukan Asia, Hangzhou.
Pendaratan sempurna pada kedua-dua lompatan dalam aksi melombol itu membolehkannya Sharul merangkul gangsa selepas mengumpul purata markah 14.466 mata.
Emas dalam acara itu dimenangi atlet Jepun, Wataru Tanigawa dengan 15.016 mata, perak milik atlet Iran, Mahdi Olfati (14.783).
Kali terakhir skuad gimnastik negara merangkul pingat adalah menerusi Ng Shu Wai yang meraih perak ketika temasya Sukan Asia Doha 2006 dalam acara yang sama.