Selasa, 16 Mei 2023 | 5:07pm

Jee Lek pertahan emas tanpa jurulatih

PHNOM PENH: Kem sukan tari meniup tirai temasya Sukan SEA Kemboja dengan kenangan terindah apabila membawa pulang pingat emas dalam acara final 'breakdance' yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik sebentar tadi.

Penari breakdance negara, Sam Jee Lek atau digelar 'Lego Sam' dilihat sukar digugat di pentas Asia Tenggara sekali gus memenangi emas dengan menumpaskan wakil dari Thailand, Kantapon Rodsaarat 3-0.

Seorang lagi peserta Thailand, Chinavut Chantarat membawa pulang pingat gangsa selepas dia mengatasi wakil dari Filipina, Yer Lord Ilyvm Losinio Gabriel 2-1.

Jee Lek berkata, kepayahan yang diharungi dengan terpaksa menjalani latihan secara bersendirian tanpa mempunyai pasukan lengkap seperti jurulatih dan pegawai perubatan bukanlah masalah untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA Filipina 2019.

Atlet negara, Sam Jee Lek, beraksi ketika memenangi pingat emas dengan menewaskan penari dari Thailand pada acara akhir 'breakdance' Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

'Lego Sam' dilihat sukar digugat di pentas Asia Tenggara. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

"Saya sememangnya berusaha keras sejak awal tahun lagi dengan melakukan latihan demi mengharumkan nama Malaysia.

"Apa yang boleh saya katakan, semua persediaan adalah sendiri tanpa pasukan yang lengkap namun terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang ada memberikan bantuan kewangan.

"Kemenangan ini saya tujukan kepada semua pihak yang banyak membantu terutamanya keluarga dan rakan yang sentiasa menyokong untuk pastikan sukan tari membawa pulang emas untuk negara," katanya.

Mengikut rekod, emas yang dimenangi Jee Lek adalah yang kedua selepas kali pertama meraihnya di temasya Sukan SEA Filipina 2019.

Jee Lek membawa pulang pingat emas dalam acara final 'breakdance' yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik, hari ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Berita Harian X