Sabtu, 6 Mei 2023 | 9:48pm
Adam Akasyah bersama pingat gangsa dimenanginya di Chroy Changvar Convention Center, Phnom Penh, Kemboja. - REUTERS
Adam Akasyah bersama pingat gangsa dimenanginya di Chroy Changvar Convention Center, Phnom Penh, Kemboja. - REUTERS

Gangsa buat Adam

PHNOM PENH: Atlet jiujitsu negara, Adam Akasyah hanya berupaya meraih gangsa pada temasya Sukan SEA Kemboja kali ini.

Atlet berusia 23 tahun itu tersingkir daripada aksi separuh akhir selepas kecundang 4-0 kepada seteru utamanya, Noah Lim dari Singapura walaupun menang 5-0 mengatasi atlet Thailand, Janthanaka Sukitpeerarat pada pusingan pertama.

Adam kemudiannya bangkit pada pusingan repechage dengan menewaskan Micheal Tiu dari Filipina 4-2 untuk pengat gangsa.

Seorang lagi atlet negara, Damon Soo akan turun ke gelanggang dalam acara lelaki bawah 69kg No Gi di Chroy Changvar Convention Centre esok.

Dia yang mara ke suku akhir Kejohanan Asia 2023 akan memulakan kempen di pusingan kedua selepas menerima bye.

Dia dijadual bertemu atlet Vietnam, Dang Dinh Tung atau wakil Kemboja, Rickie Touch Sothavuth.

Berita Harian X