Sabtu, 6 Mei 2023 | 5:45pm

Karate sumbang dua emas pertama

PHNOM PENH: Atlet karate wanita, C. Shamalarani menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Dia mempertahankan emas yang dimenanginya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg) selepas mengatasi atlet Filipina, Junna Tsukii pada aksi yang berlangsung di Dewan A Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini.

Skuad karate turut meraih emas kedua menerusi S. Prem Kumar yang mengatasi atlet Thailand, Chanpet Setthapong dalam acara kumite bawah 55kg.

Kejayaan itu menyaksikan dia menebus kekecewaan dialaminya selepas sekadar membawa pulang gangsa pada penyertaan di Sukan SEA Hanoi di Vietnam, tahun lalu dalam acara bawah 60kg.

C Shamalarani menewaskan atlet Filipina, Junna Tsukii, di dalam acara karate kumite wanita sekaligus menghadiahkan pingat emas pertama negara. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

S Prem Kumar meraikan kejayaan selepas menewaskan atlet Thailand, Chanpet Setthapong di dalam acara karate kumite di Pusat Konvensyen Antarabangsa Chroy Chongva, Phnom Pehn. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Atlet karate wanita, C Shamalarani menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja.

Berita Harian X