Khamis, 4 Mei 2023 | 2:20pm
Pasukan lelaki kebangsaan (kanan), berlumba ketika acara lari berhalangan berpasukan Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Chroy Chongva, Phnom Penh. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Mat Redho fokus raih emas

PHNOM PENH: Pasukan lari berhalangan lelaki negara berjaya melepasi rintangan sukar sebelum boleh mengukir senyuman di Sukan SEA Kemboja 2023.

Kuartet disertai Mohd Redha Rozlan, Yoong Wei Theng, Nuur Hafis Said Alwi dan Ghalib Mohamad Azimi ini - hampir ditunjuk jalan keluar selepas diklasifikasikan tidak layak pada larian pertama selepas dua pelepasan awal dibatalkan.

Pada larian akhir, mereka mempamerkan kebangkitan penuh gaya untuk mencatat catatan terpantas 25.62 saat (s) di pusingan penyingkiran yang berlangsung parkir Pusat Konvensyen Chroy Changvar, hari ini.

Pasukan lelaki kebangsaan (kanan), berlumba ketika acara lari berhalangan berpasukan Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Chroy Chongva, Phnom Penh. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Pasukan lelaki kebangsaan (kanan), berlumba ketika acara lari berhalangan berpasukan Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Chroy Chongva, Phnom Penh. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Malaysia dijadual bertemu seteru dari Filipina di saingan final Ahad ini selepas pasukan lawan mencatatkan masa kedua terpantas, 26.19s.

Redha atau lebih dikenali sebagai Mat Redho berkata, rakan sepasukan mampu mengekalkan fokus mereka pada larian terakhir yang menjadi 'misi hidup mati' mereka.

"Kami berjaya mencatat 25.62s... kami sasarkan untuk mendapatkan catatan lebih baik daripada catatan terbaik peribadi kami iaitu sekitar 24.4s tetapi kami hanya memperoleh satu larian saja selepas larian pertama mengalami masalah," kata Redha.

"Sebenarnya sesi pertama bukan satu masalah besar, kami harus mengakui kesilapan kami di bahagian teknikal... saya memberitahu rakan pasukan yang ia OK... kami mempunyai satu peluang dan kami perlu melakukan yang terbaik.

"Filipina adalah nama besar dalam sukan ini dan kami sebenarnya menjangkakan untuk bertemu Indonesia di final."

Redha berkata, fokus utama kini adalah meraih pingat emas dan catatan peribadi terbaik mereka 24s meletakkan mereka untuk menjadi lebih positif.

"Kami tidak tahu apakah catatan terbaik peribadi Filipina tetapi saya fikir 24s adalah masa yang baik untuk kami memenangi pingat emas. Sekarang ini, kami hanya mahu menang pingat emas," kata Redha.

"Filipina memiliki set lapangan berhalangan ini dan ia digunakan di Sukan SEA kali ini, sudah pasti mereka mempunyai kelebihan. Kami tidak mempunyai set ini di Malaysia dan kami berlatih berdasarkan simulasi saja."

"Latihan kami hampir 60-70 peratus dengan lapangan ini dan kami berlatih tiga minggu di Filipina ketika bulan puasa, jadi saya tidak fikir ia satu halangan besar buat kami."

Dalam pada itu, pasukan berhalangan wanita yang dibelenggu masalah kecederaan dijadual bertemu Kemboja untuk penentuan gangsa, Ahad ini.

Pasukan lelaki dan wanita acara lari berhalangan Sukan SEA Kemboja 2023 melakukan pemanasan badan selepas menghabiskan acara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Chroy Chongva, Phnom Penh. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Ong Sher Lyn, Tan Sui Lin Renee, Wan Atirah Hidayah Ahmad Fuzli, dan Yip Hui Theng mencatatkan 3:12.98s untuk menamatkan saingan di tempat ketiga terpantas.

Pasukan wanita Indonesia dijadual bertemu Filipina di pentas final.

Berita Harian X