Jumaat, 24 March 2023 | 5:43pm
Ketua Pegawai Eksekutif Noah X, Datuk Seri Halton Chin (dua dari kanan) dan Ayez Shaukat mewakili APAC Wrestling (dua dari kiri) menandatangani MoU antara kedua-dua pihak di ibu negara hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Noah X, Datuk Seri Halton Chin (dua dari kanan) dan Ayez Shaukat mewakili APAC Wrestling (dua dari kiri) menandatangani MoU antara kedua-dua pihak di ibu negara hari ini.

Penggusti APAC Wrestling dapat gaji bulanan

KUALA LUMPUR: Pelbagai manfaat akan diterima penggusti Asian Pacific (APAC) Wrestling termasuk gaji bulanan menerusi perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandangani bersama Noah X, hari ini.

Pengarah Pembangunan Peniagaan Alchemist Code Sdn Bhd, Ong Wei Chen berkata menerusi kerjasama itu, Noah X akan menaja penggusti APAC Wrestling termasuk babitkan bayaran gaji, penyediaan pusat latihan dan menanggung perbelanjaan membuat penampilan di dalam dan luar negara.

"Sukan gusti negara berdepan pelbagai cabaran terutamanya dari segi kewangan membuatkan perjalanan ahli gusti Malaysia semakin sukar. Noah X tidak sekadar mengembangkannya menerusi platform digital ke peringkat global, malah kerjasama ini juga membolehkan penggusti di Malaysia menerima gaji bulanan.

"Semua perbelanjaaan ke luar negara akan di tanggung sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU diantara Noah X dan APAC Wrestling di sini, hari ini.

Sementara itu, jaguh gusti negara, Ayez Shaukat Fonseka yang bernaung di bawah APAC Wrestling, berkata penajaan yang diterima daripada Noah X memberikan motivasi dan membakar semangatnya untuk terus bekerja keras mencipta kejayaan dalam sukan berkenaan.

"Selepas mendapat penajaan ini, saya akan lebih yakin sebab saya ada sokongan. Cuma, sekarang saya perlu fokus untuk menjadi terbaik. Kita akan buat 'live show' setiap bulan. Noah X akan beri kita satu studio, kami bina studio itu untuk adakan show setiap bulan," katanya.

Ayez berkata APAC Wrestling turut bakal memanfaatkan peruntukkan yang diberi Noah X dengan membuat penampilan di Jepun dan Amerika Syarikat selain menambah jumlah penonton bagi persembahan yang akan dibuat di ibu negara tahun ini.

Berita Harian X