BANGKOK: Jaguh sukan tempur Thailand, Rodtang Jitmuangnon menarik diri daripada pertembungan berdepan rakan senegaranya, Superlek Kiatmoo9, pada hujung minggu ini.
Jitmuangnon yang turut dikenali sebagai The Iron Man sepatutnya mencabar Superlek bagi gelaran dunia ONE kategori flyweight pada ONE Fight Night 8 esok, namun terpaksa menarik diri susulan kecederaan yang tidak didedahkan.
Tempatnya akan digantikan bintang pelbagai disiplin dari Australia yang ketika ini menghuni ranking kelima, Danial Williams.
Atlet yang turut dikenali sebagai itu Mini T sepatutnya berdepan bintang veteran dari Portugal, Rui Botelho namun 'dinaikkan pangkat' ke acara berkenaan sekali gus memberi peluang merebut gelaran flyweight.
Kali terakhir Williams berentap adalah ketika membuat penampilan pertama saingan ONE berdepan Rodtang bagi kategori 135 pound pada 2021.
Sebelum ini, Williams sememangnya lantang untuk merebut tiga gelaran dunia bagi Muay Thai, MMA dan 'kickboxing'.
Dia sebelum ini berentap di bawah MMA pada 2022 dan penampilan terbaharunya adalah ketika tewas secara 'technical knock out' (TKO) di tangan Jeremy Miado, Oktober tahun lalu.
- AGENSI