Khamis, 2 March 2023 | 8:00pm
Mae Chan sasar renang raih tiga emas di Sukan SEA Kemboja.
Mae Chan sasar renang raih tiga emas di Sukan SEA Kemboja.

Terbuka Malaysia medan terakhir pilih perenang ke Kemboja

KUALA LUMPUR: Perenang negara yang akan disenaraikan bagi menggalas tanggungjawab di Sukan SEA Kemboja akan ditentukan selepas berakhirnya Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang akan berlangsung dari 11 hingga 14 Mac ini.

Setiausaha Agung Renang Malaysia (MS), Mae Chen, berkata saingan Terbuka Malaysia akan menjadi medan terakhir buat atlet untuk merebut tempat dalam skuad negara bagi menghadapi temasya di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei depan.

Katanya, untuk temasya kali ini, pihaknya meletakkan sasaran meraih tiga pingat emas bagi acara renang.

"Bagi acara renang ini saya juga mengharapkan atlet negara boleh menyumbangkan tiga pingat emas sama seperti dalam acara terjun. Dalam masa yang sama, saya turut mengharapkan jika ada rezeki kita boleh memperoleh empat emas," katanya.

Dalam pada itu, Mae menyuarakan keyakinan skuad negara mampu melakar kejutan alam acara terjun biarpun kali ini menyenaraikan atlet muda untuk beraksi di Kemboja.

Bagaimanapun, beliau tetap mengingatkan atlet terjun negara untuk tidak memandang mudah cabaran pihak lawan terutama Singapura, Indonesia dan Filipina yang memberikan tentangan sengit apabila menyenaraikan penerjun terbaik mereka.

"Bagi acara lelaki saya agak yakin mereka mampu untuk meraih emas tetapi untuk wanita cabaran itu agak sengit. Namun saya yakin semangat juang mereka dan atlet yang terpilih ini memang disematkan untuk mereka berusaha meraih emas," katanya.

Pada Sukan SEA Hanoi, tahun lalu, skuad akuatik negara meraih sembilan emas

Berita Harian X