Ahad, 8 Januari 2023 | 10:32pm
Jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari dinobatkan Ikon Sukan Terbaik dan Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru pada malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro. - NSTP/Aziah Azmee

Al-Jufferi dinobat Ikon Sukan Terbaik AIS HM

KUALA LUMPUR: Pastinya ia detik akan diingati pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari yang menutup kariernya dengan kejayaan penuh gemilang apabila dinobatkan sebagai Ikon Sukan Terbaik pada Malam Kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, malam ini.

Al-Jufferi yang secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada dunia persilatan profesional pada Ogos lalu, menutup kariernya dengan empat gelaran juara dunia dan turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru.

Kejayaan itu menyaksikan Al-Jufferi membawa pulang sebuah kereta elektrik jenama Appollen A1 (hatchback 5 pintu) bernilai RM136,000, wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan langganan percuma akhbar digital HM selama setahun.

Pesilat negara, Al-Jufferi Jamari dinobatkan Ikon Sukan Terbaik pada Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro. - NSTP/Aizuddin Saad

Pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari dinobat sebagai pemenang Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru. - NSTP/Aizuddin Saad

Antara detik paling diingati sudah pasti ketika Al-Jufferi beraksi dengan sebelah tangan akibat bahu kanannya cedera serius di separuh akhir kelas 70-75 kilogram (kg) di Sukan SEA Hanoi, Vietnam, Mei lalu.

Dia yang sebelum itu memenangi empat pingat emas Sukan SEA, kecundang di tangan wakil Singapura, namun api perjuangan dan semangat pendekar dipamerkan serta didorong semangat anaknya, Furqan Al Haq yang menghidap kanser, pasti membuatkan ramai peminat sukan negara meremang bulu roma.

Penerjun sensasi negara yang turut beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Nur Dhabitah Sabri diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru.

Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru, Nur Dhabitah Sabri (Terjun). - NSTP/Aizuddin Saad

Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru, Nur Dhabitah Sabri (Terjun). - NSTP/Aziah Azmee

Kejayaan Cheah Liek Hou yang meraih emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori SU5 (kecacatan fizikal) selain muncul juara dunia sebanyak enam kali menjadi pilihan undian pembaca dan juri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Paralimpik.

Pemenang Ikon Sukan Paralimpik, Cheah Liek Hou (Badminton Para). - NSTP/Aizuddin Saad

Bagi kategori Ikon Sukan Jurulatih, air tangannya jarang mengecewakan dan usaha kerasnya selama ini dalam mendidik nama pemain badminton terkemuka negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia dan terbaharu Justin Hoh membolehkan Datuk Misbun Sidek diumumkan sebagai pemenang.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dianugerahkan Ikon Sukan Jurulatih. - NSTP/Aizuddin Saad

Sementara itu, Ikon Sukan Persatuan/ Kelab dimenangi Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) manakala Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dinobatkan sebagai Ikon Sukan Kepimpinan.

Datuk Hamidin Mohd Amin dinobatkan sebagai Ikon Sukan Kepimpinan. - NSTP/Aizuddin Saad

Ikon Sukan Persatuan/Kelab dimenangi Johor Darul Ta'zim (JDT). - NSTP/Aizuddin Saad

Atlet menembak yang semakin meningkat naik, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Harapan menewaskan empat calon manakala Datuk Azizulhasni Awang diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Pempengaruh.

Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang dianugerahkan Ikon Sukan Pempengaruh. - NSTP/Aziah Azmee

Pemenang Ikon Sukan Harapan, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin (Menembak) sempena Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro. - NSTP/Aizuddin Saad

Bagi menghargai jasa dan sumbangannya dalam pembangunan industri sukan tempatan, jaguh boling negara, Shalin Zulkifli diumumkan sebagai penerima kategori Khas, Anugerah Ikon Sukan Legenda.

Jaguh boling negara, Shalin Zulkifli diumumkan sebagai penerima kategori Khas, Anugerah Ikon Sukan Legenda. - NSTP/Aizuddin Saad

Semua pemenang sembilan kategori AIS yang dipertandingkan itu membawa pulang sebuah trofi, wang tunai RM5,000 dan langganan e-paper Harian Metro selama setahun.

AISHM buat julung kalinya dianjurkan memberi pengiktirafan kepada atlet, paralimpik dan penggiat industri sukan, termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan serta kecemerlangan mereka dalam kejohanan di dalam negara dan antarabangsa.

Pemenang daripada lima Top 5 dinilai menerusi 50 peratus markah juri profesional dan 50 peratus undian peminat.

Senarai pemenang:

Ikon Sukan Terbaik - Mohd Al-Jufferi Jamari

Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru - Mohd Al-Jufferi Jamari

Anugerah Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru - Nur Dhabitah Sabri

Anugerah Ikon Sukan Paralimpik - Cheah Liek Hou

Ikon Sukan Jurulatih - Datuk Misbun Sidek

Ikon Sukan Persatuan/ Kelab - JDT

Ikon Sukan Kepimpinan - Datuk Hamidin Mohd Amin

Anugerah Ikon Sukan Harapan - Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin

Anugerah Ikon Sukan Pempengaruh - Datuk Azizulhasni Awang

Anugerah Ikon Sukan Legenda - Shalin Zulkifli

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dengan diiringi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Pengerusi Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (sebelas dari kanan) dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husin Jahit (sepuluh dari kanan) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), malam ini. - NSTP/Aizuddin Saad

Persembahan pembukaan Hariz Fayahet dan Bunga pada malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro. - NSTP/Hazreen Mohamad

Gandingan pengacara hebat, Che Puan Sarimah Ibrahim dengan Fahrin Ahmad pada malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro. - NSTP/Hazreen Mohamad

Persembahan Dolla pad malam Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro. - NSTP/Aizuddin Saad

Persembahan Aina Abdul pada malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro. - NSTP/Aizuddin Saad

Persembahan penyanyi, Akim Ahmad dan Amir Masdi pada malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro. - NSTP/Aizuddin Saad

Berita Harian X