Khamis, 15 Disember 2022 | 2:57pm
Pengarah Urusan GamesMY Esports, Luqman Hakim Mat Hassan (dua dari kiri) bersama rakan strategik pada majlis pelancaran token tidak sepiawai (NFT) pertamanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. minggu lalu.
Pengarah Urusan GamesMY Esports, Luqman Hakim Mat Hassan (dua dari kiri) bersama rakan strategik pada majlis pelancaran token tidak sepiawai (NFT) pertamanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. minggu lalu.

GamesMY Esports cipta sejarah lancar NFT

Oleh Syafiq Aznan

[email protected]

KUALA LUMPUR: Syarikat e-sukan sedang meningkat, GamesMY Esports mara setapak lagi apabila memperkenalkan setem token tidak sepiawai (NFT) pertamanya sekali gus mencipta sejarah menjadi syarikat e-sukan pertama di Malaysia mengeluarkan pas keahlian berbentuk NFT.

Pada majlis pelancaran NFT yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak minggu lalu, Pengarah Urusan GamesMY Esports, Luqman Hakim Mat Hassan menegaskan pihaknya mencuba sesuatu yang baharu sekali gus seiring dengan peredaran semasa.

Jelasnya, NFT memberikan pengalaman baharu daripada aspek pas keahlian yang lain daripada yang lain dan pemegangnya akan mendapat akses istimewa kepada pelbagai produk syarikat e-sukan terbabit.

"Antaranya diskaun di studio GamesMY untuk bermain permainan video dan kafe, penyertaan dalam aktiviti anjuran GamesMY seperti strim, hadiah dan kejohanan.

"Mereka juga berpeluang untuk menyertai seminar pendidikan membabitkan topik seperti ceramah crypto, 'bootcamp' dan tutorial NFT," katanya.

Sebagai rekod, GamesMY pernah menganjurkan pelbagai kejohanan e-sukan sejak 2018 antaranya Zush Esports Cup, XM Esports Cup, GMX Cup S1 dan juga yang terbaru, MSL Cup.

Pada majlis sama, GamesMY turut menandatangani perjanjian bersama rakan strategik bersama realme sebagai rakan telefon pintar rasmi, Forfit sebagai rakan barangan rasmi serta redragon sebagai rakan permainan rasmi mereka.

Berita Harian X