Ahad, 23 Oktober 2022 | 6:04pm
Pertarungan antara bekas juara dunia bantamweight, John Lineker dan Fabricio Andrade (kanan) di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Pertarungan antara bekas juara dunia bantamweight, John Lineker dan Fabricio Andrade (kanan) di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Aksi ONE Championship Lineker, Andrade berakhir kontroversi

KUALA LUMPUR: Pertarungan acara utama ONE Championship (ONE) antara bekas juara dunia ONE bantamweight, John Lineker dan pesaing ranking kedua, Fabricio Andrade berakhir dengan kontroversi di pertengahan pusingan ketiga.

Pertarungan yang berlangsung di Axiata Arena di sini, semalam terpaksa dihentikan selepas Andrade secara tidak sengaja menghentak lututnya ke atas pangkal paha Lineker.

Kedua-dua musuh ketat itu saling menyerang sebaik loceng awal dibunyikan dan di pusingan ketiga, Andrade yang menerima jolokan 'Wonder Boy' menaikkan lututnya ke bahagian tengah paha Lineker.

Andrade kemudian cuba membuat serangan susulan dengan lutut, tetapi secara tidak sengaja terkena di bahagian pinggang lawan.

Selepas diberikan tempoh pemulihan selama lima minit, Lineker tidak dapat meneruskan pertarungan dan perlawanan dihentikan dengan gelaran Dunia ONE bantamweight kini masih tiada pemenang.

Dalam acara lain, Regian Eersel meraih gelaran ONE lightweight Muay Thai world title' yang julung kali diadakan selepas mengalahkan bintang Thailand, Sinsamut Klinmee.

Kade Ruotolo pula merangkul gelaran Dunia `ONE lightweight submission grappling' buat kali pertama dengan menewaskan juara Dunia Sambo, Uali Kurzhev.

Kategori featherweight diungguli Sitthichai Sitsongpeenong dengan mengetepikan cabaran Mohammed Boutasaa dalam pertarungan tiga pusingan.

Berita Harian X