Isnin, 1 Ogos 2022 | 3:15am
Perenang negara Khiew Hoe Yean ketika beraksi acara 400m Gaya Bebas Lelaki Akhir pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Sandwell Aquatics Center. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Perenang negara Khiew Hoe Yean ketika beraksi acara 400m Gaya Bebas Lelaki Akhir pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Sandwell Aquatics Center. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS

Hajat Arvin, Hoe Yean ke separuh akhir tak kesampaian

BIRMINGHAM: Perenang muda negara, Arvin Shaun Singh Chahal berjaya memenangi saringan enam dalam acara 100m (m) gaya bebas lelaki tetapi ia masih belum memadai untuk layak ke peringkat separuh akhir pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, hari ini.

Arvin mencatatkan masa 50.84 saat (s) untuk muncul sebagai perenang terpantas dalam saringan keenam di Pusat Akuatik Sandwell di sini tetapi catatan masa itu hanya mampu menempatkan beliau di tempat ke-21 keseluruhan.

Perenang semakin meningkat negara, Khiew Hoe Yean juga gagal layak ke separuh akhir selepas menduduki tempat keempat dalam saringan ketujuh apabila merekodkan catatan masa 50.47s untuk menghuni tempat ke-18 keseluruhan.

Gambar fail, perenang makin meningkat negara, Khiew Hoe Yean. - Foto Bernama
Gambar fail, perenang makin meningkat negara, Khiew Hoe Yean. - Foto Bernama

Hanya 16 perenang terbaik daripada sembilan saringan mara ke peringkat separuh akhir.

Catatan masa oleh kedua-dua perenang negara itu dalam acara itu lebih jauh daripada rekod kebangsaan 49.54s yang dicatatkan oleh Welson Sim dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 di Sarawak.

Perenang negara Khiew Hoe Yean (kanan) ketika beraksi acara 400m Gaya Bebas Lelaki Akhir pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Sandwell Aquatics Center. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Perenang negara Khiew Hoe Yean (kanan) ketika beraksi acara 400m Gaya Bebas Lelaki Akhir pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Sandwell Aquatics Center. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS

Hoe Yean, yang menduduki tempat keenam daripada lapan perenang dalam saingan akhir 400m gaya bebas Jumaat lalu, akan kembali beraksi dalam acara 200m kuak lentang, Selasa, ini manakala Arvin akan mencuba nasib dalam acara 200m rampaian individu pada Rabu ini.

-- BERNAMA

Berita Harian X