Sabtu, 30 Julai 2022 | 11:13pm
Gambar fail - Anis Amira Rosidi. - Foto Stadium Astro
Gambar fail - Anis Amira Rosidi. - Foto Stadium Astro

Skuad basikal wanita negara kecewa lagi

BIRMINGHAM: Skuad berbasikal wanita kebangsaan terus kecewa, selepas mereka gagal pada sesi kelayakan acara pecut di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini.

Pada acara berlangsung di Lee Valley VeloPark di London itu menyaksikan tiada antara tiga pelumba Malaysia - Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nurul Aliana Syafika Azizan - layak ke Final 1/8.

Anis Amira menjadi pelumba terbaik Malaysia selepas menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-18 dengan catatan masa 11.302 saat (s).

Pelumba muda, Nurul Izzah menamatkan perlumbaan di tempat ke-22 (11.681s) manakala Nurul Aliana di tempat ke-24 (11.990s).

Hanya 16 pelumba terbaik layak ke pusingan seterusnya dengan pelumba Kanada Kesley Mitchel mencatatkan masa terbaik 10.612.s pada sesi kelayakan itu.

Semalam, Anis Amira, Nurul Izzah dan Nurul Aliana, tersingkir pada sesi kelayakan acara pecut berpasukan wanita.

- BERNAMA

Berita Harian X