Jumaat, 1 Julai 2022 | 7:02am
Gandingan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa acara 10m platform terjun seirama wanita di Kejohanan Dunia Budapest. - Foto REUTERS

Pandelela-Dhabitah raih gangsa Kejohanan Dunia

BUDAPEST: Gandingan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa acara 10m platform terjun seirama wanita di Kejohanan Dunia Budapest.

Pandelela dan Dhabitah mengutip 298.68 mata, manakala pasangan China Chen Yuxi dan Quan Hongchan memenangi emas dengan catatan 368.40.

Pemenang pingat emas Hongchan Quan dan Yuxi Chen dari China meraikan kejayaan di atas podium selepas memenangi 10m akhir seirama wanita bersama pemenang pingat Perak Delaney Schnell dan Katrina Young dari Amerika Syarikat dan pemenang pingat gangsa negara, Nur Dhabitah Sabri dan Pandelela Rinong. Pamg. - Foto REUTERS

Pasangan dari Amerika Syarikat Delaney Schnelle dan Katrina Young mengutip 299.40 mata untuk pingat perak.

Chen, 16, dan Quan, 15, meraih emas dan perak dalam acara 10m platform individu sebelum ini di mana Pandelela mengutip gangsa. - AFP

Berita Harian X