Jumaat, 13 Mei 2022 | 12:12pm
Pemenang pingat emas acara Wushu katagori Changquan Lelaki, atlet Wushu Malaysia, Clement Ting ketika beraksi di Cau Giay Gymnasium pada Sukan SEA 31, Hanoi. - Foto Eizairi Shamsudin
Pemenang pingat emas acara Wushu katagori Changquan Lelaki, atlet Wushu Malaysia, Clement Ting ketika beraksi di Cau Giay Gymnasium pada Sukan SEA 31, Hanoi. - Foto Eizairi Shamsudin

Clement lakar kejutan raih emas

HANOI: Atlet wushu negara, Clement Ting mencipta kejutan apabila menggondol pingat emas dalam acara changquan lelaki di Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Persembahan kemas Clement menyaksikan dia meraih 9.70 mata daripada juri di Gimnasium Cau Giay di sini, sekali gus menyumbang pingat emas ke-10 kontinjen negara.

Clement ketika beraksi dalam acara Changquan di Cau Giay Gymnasium, Hanoi hari ini. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Clement ketika beraksi dalam acara Changquan di Cau Giay Gymnasium, Hanoi hari ini. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Atlet dari Singapura, Jowen Lim mengutip mata yang sama tetapi terpaksa berpuas hati dengan perak susulan darjah kesukaran bagi rutin yang lebih rendah.

Seraf Naro dari Indonesia melengkapkan podium apabila catatan 9.69 mata membolehkan dia meraih gangsa.

Seorang lagi atlet Malaysia, Yeap Wai Kin menamatkan saingan di tempat keempat dengan 9.68 mata.

Berita Harian X