Selasa, 30 November 2021 | 10:47am
Gambar fail - Tiger Woods dalam satu kejohanan terdahulu. - Foto ihsan Golf Digest.
Gambar fail - Tiger Woods dalam satu kejohanan terdahulu. - Foto ihsan Golf Digest.

Woods tolak kemungkinan beraksi sepenuh masa

LOS ANGELES: Tiger Woods menolak kemungkinan akan kembali bermain golf profesional secara sepenuh masa.

Juara major 15 kali itu sedang bergelut pulih daripada kecederaan kaki dan dia yakin akan kembali bermain dalam masa terdekat, namun hanya untuk kejohanan terpilih.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 45 tahun itu mengalami keretakan di kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Los Angeles pada Februari.

Sebelum kemalangan itu, Woods sudah mengurangkan jumlah penyertaannya selepas menjalani beberapa siri pembedahan di belakang dan lutut.

"Saya rasa apa yang lebih realistik ialah bermain di Jelajah satu hari nanti - tidak secara sepenuh masa - hanya yang terpilih.

"Pilih beberapa kejohanan setahun dan menyertainya. Saya rasa itu cara terbaik buat saya sekarang.

"Ia realiti yang malang, tetapi itulah realiti saya. Saya memahaminya dan dapat menerimanya," kata Woods.

Woods melengkapkan kepulangan epik daripada pembedahan belakangnya dengan memenangi gelaran major ke-15 dirinya dalam saingan Masters 2019.

- AFP

Berita Harian X