Selasa, 3 Ogos 2021 | 12:43pm
Pemandangan di dalam bilik di Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo. - Foto AGENSI
Pemandangan di dalam bilik di Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo. - Foto AGENSI

OLIMPIK: Bilik rosak, maskot hilang

TOKYO: Segelintir atlet Australia menyebabkan kerosakan di bilik Perkampungan Olimpik sebelum mereka pulang manakala maskot pasukan - emu dan kangaro - hilang tetapi kemudian ditemui semula, kata ketua kontinjen Ian Chesterman.

Atlet-atlet berkenaan merosakkan katil dan dinding, tetapi tiada tindakan disiplin diambil selepas mereka memohon maaf.

"Sebahagian daripada mereka melakukan kesilapan, mereka meninggalkan bilik dalam keadaan yang tidak boleh diterima.

"Bilik-bilik tidak rosak teruk," kata Chesterman yang menganggap kerosakan adalah kecil dan katil kadbod begitu mudah rosak.

Chesterman mendedahkan maskot-maskot juga dikeluarkan daripada penginapan pasukan Australia tetapi dikembalikan selepas beberapa hari.

"Maskot Kangaru dan emu hilang tetapi kami gembira apabila ia kembali. Ia sedikit misteri, puas kami cari tetapi tidak ditemui.

"Nampaknya seperti mereka menikmati percutian di Deutschland (penginapan pasukan Jerman). Maskot berkenaan memang suka berjalan, mujur ia kembali," katanya. - AGENSI

Berita Harian X