Sabtu, 24 Julai 2021 | 12:36pm
Bagi atlet judo Algeria Fethi Nourine, perjuangan untuk Palestin jauh lebih besar daripada Olimpik. - Foto AGENSI
Bagi atlet judo Algeria Fethi Nourine, perjuangan untuk Palestin jauh lebih besar daripada Olimpik. - Foto AGENSI

OLIMPIK: Korban Olimpik demi perjuangan Palestin

TOKYO: Atlet judo Algeria Fethi Nourine dan jurulatihnya Amar Benikhlef dihukum kerana perjuangan menyokong Palestin.

Akreditasi Olimpik kedua-dua individu itu dibatalkan dan akan dihantar pulang kerana enggan bertarung dengan atlet Israel.

Nourine dijadual berdepan lawan dari Sudan Mohamed Abdalrasool Isnin ini, dengan kemungkinan pusingan kedua menentang atlet negara haram Israel Tohar Butbul dalam kategori 73kg lelaki.

"Kami bekerja keras untuk sampai ke Olimpik... tetapi perjuangan untuk Palestin jauh lebih besar daripada ini," kata Nourine yang akan tetap dengan pendiriannya.

Jawatankuasa eksekutif Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) mengumumkan penggantungan sementara Nourine dan Benikhlef.

Jawatankuasa Olimpik Algeria turut menarik balik akreditasi mereka dan akan dihantar pulang serta merta.

IJF berkata pendirian Nourine bertentangan dengan falsafah badan induk sukan berkenaan.

Ia bukan kali pertama Nourine menarik diri daripada berdepan lawan dari negara haram Israel, selepas perkara sama dilakukan di kejuaraan dunia 2019, juga di Tokyo.

Atlet judo Iran juga dikritik kerana enggan berdepan lawan dari negara haram Israel. - AFP

Berita Harian X