Jumaat, 23 Julai 2021 | 4:27pm
Fethi tarik diri daripada bertanding kerana diundi menentang atlet Israel.
Fethi tarik diri daripada bertanding kerana diundi menentang atlet Israel.

OLIMPIK: Tarik diri kerana diundi menentang atlet Israel

TOKYO: Atlet judo Algeria, Fethi Nourine menarik diri daripada Olimpik Tokyo sebelum bertanding apabila undian meletakkan kemungkinan untuk dia bertemu pencabar dari Israel.

Nourine dijadual berdepan atlet dari Sudan, Mohamed Abdalrasool pada pusingan pertama dan mungkin bertemu atlet dari Israel, Tohar Butbul di pusingan seterusnya.

Bercakap kepada stesen televisyen Algeria, Nourine menyatakan sokongan politiknya kepada Palestin menyebabkan amat mustahil untuk dia bertanding menentang atlet Israel.

"Kami bekerja keras untuk ke Olimpik... tetapi isu Palestin lebih besar daripada ini semua," katanya yang menegaskan keputusan itu muktamad.

Ini bukan kali pertama Nourine menarik diri daripada pertandingan untuk mengelak bertemu atlet Israel selepas dia turut mengambil tindakan sama pada kejuaraan dunia 2019 di Tokyo.

Atlet judo dari Iran juga turut dikritik atas keengganan mereka menentang atlet dari Israel. -AFP

Berita Harian X