Selasa, 4 Mei 2021 | 12:08pm
Atlet terjun kebangsaan Cheong Jun Hoong. - Foto ihsan Facebook Cheong Jun Hoong.
Atlet terjun kebangsaan Cheong Jun Hoong. - Foto ihsan Facebook Cheong Jun Hoong.

Jun Hoong layak ke Olimpik Tokyo

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik di Jepun dalam acara 10 meter (m) platform individu selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, sebentar tadi.

Jun Hoong, 31, layak ke temasya terbesar dunia itu dengan bergaya apabila menamatkan saingan pusingan kelayakan di tempat pertama apabila mengumpul keseluruhan 345.30 mata di Pusat Akuatik Tokyo.

Sementara itu, Pandelela Rinong yang sudah layak ke Olimpik Tokyo sebelum ini turut mara ke separuh akhir apabila menduduki tempat keempat dengan mengumpul 325 mata.

Kedua-dua atlet negara itu akan turun untuk aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung esok. Mereka perlu menamatkan saingan dalam kelompok 12 terbaik bagi mara ke pentas final.

Berita Harian X