Ahad, 28 March 2021 | 3:21pm
Muhammad Shah Firdaus (tengah) mengungguli acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021, hari ini. Azizulhasni (kiri) menamatkan saingan di tempat kedua manakala Matthew Richardson melengkapkan podium di tempat ketiga. - Foto FB AusCycling

Shah Firdaus rangkul emas di Brisbane

KUALA LUMPUR: Pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom melaungkan amaran apabila mengungguli acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021, di sini, hari ini.

Rakan senegara yang juga juara bertahan, Azizulhasni Awang menamatkan saingan di tempat kedua manakala wakil tempatan, Matthew Richardson melengkapkan podium di tempat ketiga dalam saingan di Velodrom Anna Meares, Brisbane itu.

Kejayaan dilakar Shah dan Azizulhasni itu hadir selepas masing-masing meraih pingat gangsa dan perak dalam acara pecut individu lelaki semalam manakala Richardson memenangi saingan dengan menewaskan Azizulhasni, 2-0.

Shah yang pernah meraih pingat perak dalam acara keirin di Kejohanan Asia di Jakarta pada 2019, sebelum ini pernah mengatasi Azizulhasni di Kejohanan Keirin Victoria, Februari lalu dengan 'The Pocket Rocketman' berada di tempat kedua.

- Foto FB AusCycling
- Foto FB AusCycling

Berita Harian X