Isnin, 7 September 2020 | 12:01am
Pengurus Pemasaran Sukan MILO, Kerwin Lim (kiri) bersama jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong (dua dari kiri) dan bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek (kanan) ketika pelancaran klinik latihan dalam talian di Subang. - NSTP/Ihsan Nestle Malaysia
Pengurus Pemasaran Sukan MILO, Kerwin Lim (kiri) bersama jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong (dua dari kiri) dan bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek (kanan) ketika pelancaran klinik latihan dalam talian di Subang. - NSTP/Ihsan Nestle Malaysia

MILO lancar klinik latihan dalam talian

SUBANG JAYA: MILO kini menyemarakkan usahanya untuk memupuk minat terhadap sukan dalam kalangan kanak-kanak menerusi pelancaran MILO® Champions Clinic: E-Coaching.

Inisiatif terbaharu ini adalah sebahagian daripada matlamat MILO untuk memupuk gaya hidup aktif bagi seluruh rakyat Malaysia di bawah gerakan MILO Aktif Negaraku dengan menyediakan sebuah platform untuk meningkatkan akses kepada sukan.

MILO® Champions Clinic: E-Coaching adalah lanjutan daripada MILO® Champions Clinic, iaitu program latihan sukan peringkat permulaan dibangunkan secara khusus untuk menggalakkan kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun kekal aktif serta memupuk minat mereka terhadap sukan.

Dengan menggunakan teknologi dalam talian untuk capaian lebih luas, ia melangkaui sempadan geografi untuk membawakan MILO® Champions Clinic ke lebih banyak tempat, sekali gus berkongsi manfaat sukan dengan lebih ramai kanak-kanak, keluarga dan komuniti.

"Kami percaya bahawa sukan adalah guru terbaik yang mendidik nilai-nilai murni. Ini terus mendorong usaha kami membuka lembaran baharu untuk membantu kanak-kanak mendapatkan akses kepada kebaikan sukan," kata Kerwin Lim, Pengurus Pemasaran Sukan - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Sebagai pelengkap program MILO® Champions Clinic yang sedia ada, MILO® Champions Clinic: E-Coaching menumpukan fokus pada tiga jenis sukan paling sesuai untuk latihan di rumah serta dalam talian iaitu badminton, futsal dan bola keranjang.

Ia membawakan kembali banyak ciri-ciri asalnya terutamanya latihan bertaraf dunia bersama jurulatih-jurulatih kebangsaan yang menghasilkan modul latihan berkenaan.

Program berkenaan menawarkan latihan selama lima minggu di rumah dengan setiap minggu kanak-kanak akan mempelajari kemahiran asas dengan menonton video terlebih dahulu, diikuti sesi latihan berkumpulan dalam talian bersama jurulatih.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.milo.com.my.

Berita Harian X