Jumaat, 13 March 2020 | 10:33am
Jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga. - Foto Bloomberg
Jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga. - Foto Bloomberg

Olimpik masih diteruskan

TOKYO: Jepun berada di landasan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 seperti dirancang, kata jurucakap kanan kerajaan, Yoshihide Suga hari ini selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencadangkan kemungkinan menundanya sehingga setahun.

Suga bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan sama ada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membincangkan mengenai komen Trump menerusi satu panggilan telefon awal hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu bercakap kira-kira 50 minit antaranya berkaitan pandemik coronavirus, kata Suga.

Jurucakap itu akan memberikan kenyataan tidak lama lagi.

“Mereka tidak bercakap mengenai mengehadkan kedatangan pengunjung antara Jepun dan Amerika Syarikat ketika saya berada di situ,” katanya yang menjelaskan dia keluar dari situ sebelum mereka menamatkan perbualan. - REUTERS

Berita Harian X