Jumaat, 12 April 2019 | 7:30pm
DYBALL (dua dari kiri), memenangi jersi kuning, diikuti jersi merah, Lyon Angus (dua dari kanan),daripada pasukan Oliver Cycling Team, jersi hijau pelumba daripada Floyds Pro Cycling, Travis McCabe, (paling kiri), dan pelumba Vino Astana Motors, Pronskiy Vadim (paling kanan), untuk jersi putih, memenangi perlumbaan peringkat ketujuh LTdL yang bermula dan berakhir di Pantai Chenang. - Foto Rosdan Wahid
DYBALL (dua dari kiri), memenangi jersi kuning, diikuti jersi merah, Lyon Angus (dua dari kanan),daripada pasukan Oliver Cycling Team, jersi hijau pelumba daripada Floyds Pro Cycling, Travis McCabe, (paling kiri), dan pelumba Vino Astana Motors, Pronskiy Vadim (paling kanan), untuk jersi putih, memenangi perlumbaan peringkat ketujuh LTdL yang bermula dan berakhir di Pantai Chenang. - Foto Rosdan Wahid

LTdL 2019: Dyball tinjau halangan terakhir

LANGKAWI: Pelumba Team Sapura Cycling Benjamin Dyball sudah boleh membayangkan dia akan terus memakai Jersi Kuning PETRONAS selaku juara keseluruhan pada peringkat terakhir Le Tour de Langkawi, esok.

Begitupun hanya ada beberapa halangan terutama zon pendakian di penamat pada Peringkat 8 mengelilingi pulau legenda berkenaan boleh menggagalkan usahanya selepas empat peringkat memakai jersi berkenaan sejak menang di Genting Highlands.

Dan hari ini dia merasakan usahanya mengekalkan jersi berkenaan menjadi semakin mudah ketika perlumbaan dimenangi pelumba Neri Sottoli Selle Italia KTM, Simone Bevilacqua di Pantai Cenang.

"Hari ini pasukan kami mendapat bantuan dari pasukan kebangsaan Jepun, tidak begitu banyak masalah. Hari ini agak lebih tenang, mudah buat pasukan saya," kata pelumba dari Australia itu.

"Saya boleh bayangkan saya akan terus memakai jersi ini tetapi esok masih ada pendakian dekat kawasan penamat dan perlumbaan yang sukar."

Justeru Dyball menjelaskan dia akan meninjau zon berbukit itu esok sebelum bermula perlumbaan sebenar. Apa yang paling ditakuti Dyball ialah pada penghujung saingan dan kerana itu dia amat memerlukan bantuan rakan sepasukan.

"Sasaran utama ialah menamatkan perlumbaan dengan Jersi Kuning," katanya.

Sementara itu Bevilacqua nyata teruja menang di Pantai Cenang ketika dia tidak menjangkakan mampu berbuat demikian.

"Ketika saya datang ke sini, tidak banyak perlumbaan saya lalui dan saya bukanlah pakar pecut sebenar pasukan.

"Tapi (rakan sepasukan) Luca Raggio ada masalah dan saya perlu mengambil peranan untuk memecut ke penamat," katanya.

Keputusan

1. Simone Bevilacqua (Neri Sottoli Selle Italia KTM) 2 jam 17 minit 59 saat

2. Charlampos Kastrantas (Brunei Continental Cycling Team) +00:00s

3. Craig Wiggins (St George Continental Cycling Team) +00:00s

4. Michael Bresciani (Bardiani CSF) +00:00s

5. Matteo Pelucchi (Androni Giocattoli-Sidermec) +00:00s

Berita Harian X