Rabu, 10 April 2019 | 7:34pm
PEMENANG Keseluruhan Jersi Kuning, pelumba dari Sapura Cycling Team, Benjamin Dyball (dua, kiri), pemenang Raja Pecut (Jersi Hijau) dimiliki Travis Mccabe (kiri), pemenang Raja Bukit Jersi Merah dimenangi oleh pelumba pasukan Oliver's Real Good Racing Angus Lyons (dua, kanan) dan Pemenang Pelumba Terbaik Asia Jersi Putih diungguli oleh pelumba dari pasukan Vino Astana Motors Pronskiy Vadim (kanan) selepas tamat perlumbaan pada siri Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Kelima dari Tanjung Malim ke Taiping. - Foto Bernama

LTdL 2019: Dyball hampiri kejuaraan

TAIPING: Benjamin Dyball semakin menghampiri gelaran juara keseluruhan apabila terus menyarung Jersi Kuning PETRONAS sebaik berakhir Peringkat 5 saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Tanjung Malim ke Taiping, hari ini

Saingan sejauh 200.1 kilometer itu dimenangi plumba Androni Giocattoli - Sidermec, Matteo Pelucchi dengan catatan 4 jam 27 minit 11 saat.

Dyball turut berada dalam kelompok depan dengan catatan sama membolehkan dia mengekalkan jersi berkenaan dengan kelebihan 27s mengatasi Hernan Ricardo Aguirre Caipa (Interpro Cycling Academy) dan 50s di depan Keegan Swirbul dari Floyd's Pro Cycling.

"Pada sejam perlumbaan ada pelumba yang cuba melakukan pemecahan demi pemecahan tetapi pasukan berjaya mengekalkan rentak," kata pelumba Team Sapura Cycling itu.

"Mereka (pelumba yang cuba melakukan pemecahan) adalah antara yang terbaik dan berada dalam kelompok 10 teratas."

Bagaimanapun katanya, di sebalik semua usaha dilakukan untuk merampas jersi berkenaan, pasukannya berjaya mengatasinya hingga pecutan beramai-ramai ke garisan penamat di Taiping.

Berbaki tiga lagi peringkat lebih pendek bermula esok dari Bagan, Pulau Pinang ke Alor Setar, Dyball tampak lebih yakin untuk mengekalkan jersi miliknya.

"Adalah sesuatu yang bagus apabila berjaya menamatkan saingan hari yang begitu panjang.

"Untuk beberapa hari akan datang laluannya lebih pendek dan saya akan cuba mengekalkan jersi ini," katanya.

Sementara itu Jersi Merah masih dikekalkan Angus Lyons dan dia dilihat ada peluang besar meraih gelaran Raja Bukit pada penamat di Langkawi nanti.

Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling pula mengekalkan Jersi Hijau PETRONAS selaku Raja Pecut.

Keputusan Peringkat 5

1. Matteo Pelucchi (Androni Giocattoli-Sidermec) 4:27:11s

2. Blake Quick (St George Continental Cyling Team) +00:00

3. Travis McCabe (Floyd's Pro Cycling) +00:00

4. Mohd Harrif Saleh (Terengganu Cycling Team) +00:00

5. Michael Bresciani (Bardiani CSF) +00:00

Berita Harian X