Selasa, 9 April 2019 | 8:55pm
Benjamin Dyball melepasi garisan penamat di Genting Highlands. - NSTP/Rosdan Wahid
Benjamin Dyball melepasi garisan penamat di Genting Highlands. - NSTP/Rosdan Wahid

Dyball kuasai Peringkat 4 LTdL

GENTING HIGHLANDS: Pelumba pilihan, Benjamin Dyball dari Team Sapura Cycling memenangi saingan Peringkat 4 Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Shah Alam ke Genting Highlands, hari ini.

Dia yang juga berkedudukan ketiga keseluruhan pada edisi tahun lalu mencatat masa 3 jam 22 minit 02 saat pada laluan paling sukar kategori Hors itu seterusnya merampas Jersi Kuning PETRONAS selaku pendahulu keseluruhan.

Sebaik berakhir perlumbaan hari ini, Dyball mengumpul masa 17 jam 25 minit 42 saat dan berkelebihan 27 saat berbanding pelumba Interpro Cycling Academy, Hernan Ricardo Aguirre Caipa.

"Pada mulanya kami lihat ada pelumba cuba melakukan pemecahan tetapi kami berjaya mengejarnya berbaki 5 kilometer ke penamat," kata pelumba Australia itu.

"Saya cuba sebaik mungkin tetapi dua lagi pelumba cuba melakukan pemecahan tetapi saya berjaya mengikutnya. Akhirnya kami berjaya meninggalkan pelumba Vino (Astana Motors) dan berbaki 1.5km saya teruskan hingga penamat."

Pemenang Keseluruhan Jersi Kuning diungguli oleh pelumba dari Sapura Cycling Team Benjamin Dyball (dua, kiri); pemenang Raja Pecut (jersi hijau) Travis Mccabe (kiri); pemenang Raja Bukit Jersi Merah dimenangi oleh pelumba pasukan Oliver's Real Good Racing Angus Lyons (dua, kanan) dan Pemenang Pelumba Terbaik Asia Jersi Putih diungguli oleh Pelumba dari pasukan Vino Astana Motors Pronskiy Vadim (kanan) selepas tamat perlumbaan pada siri Jelajah LTdL peringkat ketiga dari Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 114.2 KM hari ini. - NSTP/Rosdan Wahid

Katanya, 3km terakhir adalah pendakian paling sukar dan dia terpaksa mengerah seluruh tenaga namun mujur dia menyimpan sedikit tenaga pada 4km terakhir.

Ia juga adalah kemenangan terbesar buat Dyball selepas penamat tempat kedua di Cameron Highlands tahun lalu.

Sementara itu, prinsipal pasukan, Sayuti Zahid berkata, pasukannya berjaya mengikut perancangan dan kini sasaran seterusnya ialah mengekalkan Jersi Kuning hingga penamat di Langkawi.

"Kita boleh terus pegang jersi ini hingga Langkawi, kelebihan 50 saat sudah cukup untuk kita ke sana.

"Ini tahun ketiga, pelumba sudah matang dan kita juga sudah bersedia, semuanya semuanya berjalan dengan lancar sebab itu kita sasarkan sssuatu yang besar tahun ini," katanya.

Keputusan

1. Benjamin Dyball (Team Sapura Cycling) 3:22:03s

2. Hernan Ricardo Aguirre Caipa (Interpro Cycling Academy) +00.23s

3. Keegan Swirbull (Floyd's Pro Cycling) 00:44s

4. Vadim Pronskiy (Vino-Astana Motors) 00:59s

5. Nariyuki Masuda (pasukan kebangsaan Jepun) ++01.19s

Berita Harian X