Jumaat, 31 Ogos 2018 | 10:05pm
NUR Dhabitah Sabri menduduki tangga keempat acara 1 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno sebentar tadi. REUTERS
NUR Dhabitah Sabri menduduki tangga keempat acara 1 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno sebentar tadi. REUTERS

Dhabitah terlepas gangsa

JAKARTA: Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri terlepas gangsa apabila menduduki tangga keempat acara 1 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno sebentar tadi.

Dhabitah yang sebelum ini meraih pingat gangsa bersama Leong Mun Yee dalam acara 10 meter platform seirama, mengumpul 263.05 mata daripada lima terjunan.

Pingat emas dimenangi penerjun China, Wang Han manakala rakan senegaranya, Chan Yiwen meraih perak dengan masing-masing mengumpul 323.65 dan 306.50 mata.

Gangsa dimenangi Kim Suji dari Korea Selatan yang memintas Dhabitah pada dua terjunan terakhir seterusnya mengumpul 265.35 mata.

Mun Yee pula berada di kedudukan kelapan apabila mengumpul 224.68 mata.

"Saya tidak tahu apa yang terjadi, saya rasa sudah buat yang terbaik tetapi markah kurang pada terjunan ketiga dan keempat.

"Terkilan juga kerana saya mahu pingat pada Hari Kebangsaan tetapi tak dapat," katanya.

Esok Dhabitah akan tampil dalam acara terakhirnya, 3m papan anjal individu.

Berita Harian X