Jumaat, 24 Ogos 2018 | 6:55pm
PEMAIN hoki negara, Surizan Awang Noh diasak oleh pemain pasukan China, Zhou Yu dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto BERNAMA

PEMAIN Malaysia, berjaya membuat kejutan apabila seri bertemu dengan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri
PEMAIN Malaysia, berjaya membuat kejutan apabila seri bertemu dengan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri

Skuad hoki wanita perlu menang besar

JAKARTA: Skuad hoki wanita mahu mendapatkan kemenangan dengan jumlah jaringan besar apabila turun menentang Taiwan esok.

Ia bagi merealisasikan harapan muncul antara dua pasukan terbaik mara ke separuh akhir selepas terikat 2-2 berdepan China, semalam.

"Jumlah jaringan akan memainkan peranan sekiranya Malaysia dan China tewas kepada Jepun nanti.

"Jadi kami perlu memburu kemenangan serta meledak jaringan sebanyak mungkin apabila turun menentang Taiwan esok," kata jurulatih negara, Dharma Raj Abdullah.

Taiwan sudah dibolosi 19 gol selepas bertemu Jepun (11-0) dan China (9-0).

PEMAIN Malaysia, Nuramirah Shakirah, diasak pertahanan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri
PEMAIN Malaysia, Nuramirah Shakirah, diasak pertahanan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri

PEMAIN Malaysia, Raja Norsharina, diasak pertahanan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri
PEMAIN Malaysia, Raja Norsharina, diasak pertahanan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri

Malaysia hampir melakar kejutan menewaskan China pada aksi kedua Kumpulan A semalam namun lawan di ranking ke-11 dunia itu bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan hasil dua gol Hanis Nadia Onn.

Malaysia kini berkedudukan ketiga dengan enam mata di belakang China (perbezaan satu gol) manakala Jepun teratas selepas menang dua perlawanan diharungi mereka.

Berita Harian X