Jumaat, 24 Ogos 2018 | 12:13am
 PEMAIN Malaysia, Raja Norsharina, diasak pertahanan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri
PEMAIN Malaysia, Raja Norsharina, diasak pertahanan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri
PEMAIN Malaysia membuat kejutan apabila seri bertemu dengan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri
PEMAIN Malaysia membuat kejutan apabila seri bertemu dengan China dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto Fathil Asri

Malaysia sekat rentak China

JAKARTA:  Malaysia gagal meneruskan rentak kemenangan dalam acara hoki wanita Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang selepas seri 2-2 dengan China pada aksi kedua kumpulan A di Padang Hoki Gelora Bung Karno, di sini, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia berkongsi empat mata dengan China, namun China berada di tangga kedua kumpulan A menerusi kelebihan jaringan.

Pada aksi berkenaan, China  membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan perlawanan menerusi gol padang Liang Meiyu sebelum skuad Malaysian Tigress menyamakan kedudukan hasil gol padang Hanis Nadia Onn pada minit ke-33.

Malaysia mendahului perlawanan menerusi gol kedua Hanis Nadia pada minit ke-44, namun China berjaya menyamakan kedudukan, selang lima minit kemudian hasil gol padang Gu Bingfeng.

Skuad wanita negara, yang membenam Hong Kong 8-0 pada aksi pembukaan,  Ahad lalu,akan meneruskan aksi pusingan awal berdepan Taiwan, Sabtu ini. - BERNAMA

Berita Harian X