Rabu, 4 April 2018 | 6:29pm
KAPTEN Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Saleh (kanan) muncul juara di Tour of Thailand (TOT) 2018. - Foto TSG
KAPTEN Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Saleh (kanan) muncul juara di Tour of Thailand (TOT) 2018. - Foto TSG

Zamri raih tempat kedua lagi

KUALA LUMPUR: Hasrat kapten Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Saleh muncul juara di Tour of Thailand (TOT) 2018 masih belum kesampaian apabila sekali lagi meraih tempat kedua peringkat keempat.   

Aksi peringkat keempat dari Khao Yai ke Nakhon Ratchasima sejauh 183.4 kilometer menyaksikan pelumba Team Illuminate, Martin Laas muncul juara dengan masa empat jam lapan minit 56 saat, Zamri tempat dua manakala Raymond Kreder dari Team UKYO tempat ketiga.  

Zamri turut meraih tempat kedua pada peringkat kedua manakala rakan sepasukannya Artem Ovechkin juga muncul naib juara pada peringkat ketiga semalam.   

"Saya akan terus mencuba untuk sekurang-kurangnya meraih satu kemenangan peringkat selepas dua kali terpaksa akur pada kedudukan kedua.   

"Kami akan merencanakan strategi terbaik bagi memastikan misi ini tercapai. Saya sudah kenal pasti pelumba mana yang perlu diawasi apabila memasuki pecutan menuju garisan penamat,"  jelas Zamri.   

Saingan jersi kuning menyaksikan Ovechkin kekal pada kedudukan kedua dengan perbezaan 16 saat berbanding pendahulu Benjamin Dyball dari St George Continental Cycling Team yang mengumpul 16.39:57s.   

TOT 2018 yang berstatus 2.1 dalam Jelajah Asia disertai 20 pasukan berbaki dua peringkat lagi.

Berita Harian X