Selasa, 3 Oktober 2017 | 4:39pm
PESERTA bersiap sedia untuk Majlis Pelepasan Perlumbaan Basikal Jelajah Malaysia edisi ke 53 di UMW Toyota Motor Seksyen 15 Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

108 pelumba sertai Jelajah Malaysia 2017

SHAH ALAM: Seramai 108 peserta tempatan dan luar negara mengambil bahagian dalam perlumbaan Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) bermula di sini, hari ini.

Peserta JM2017 yang akan merentas perjalanan sejauh 679.9 kilometer dengan lokasi terakhir di Alor Setar dilepaskan dari Ibu Pejabat UMW Toyota Motor Sdn Bhd (Toyota), Seksyen 15, dekat sini yang juga adalah penaja rasmi kenderaan untuk JM2017.

Presiden Toyota, K Ravindran, berkata pihaknya menyediakan kira-kira 80 kenderaan termasuk jenis pelbagai guna (MPV) sepanjang perlumbaan berkenaan.

"Ini antara sokongan dari Toyota untuk pertandingan besar seperti ini sekali gus menunjukkan sumbangan syarikat terhadap aktiviti kesihatan," katanya berucap pada Majlis Pelepasan JM2017.

Semua peserta dilepaskan oleh Pengerusi JM2017, Datuk Abu Samah Wahab; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, Amirudin Shari dan Timbalan Pengerusi TOYOTA, Akio Takeyama.

Sementara itu, Amirudin berkata, pihaknya memantau perjalanan yang dilalui peserta di Selangor bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Peserta akan melalui Shah Alam, Batu Arang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam sebelum menuju ke Perak. Sepanjang perjalanan itu, kita pastikan jalan itu dalam keadaan baik," katanya.

Edisi ke-53 perlumbaan pada tahun ini membabitkan 18 pasukan bakal mempertandingkan lima peringkat bermula di Shah Alam, semalam merentasi Perak serta berakhir di Kedah pada Sabtu ini.

Perlumbaan berstatus 2.2 dalam kalendar Jelajah Asia itu dijangka memberikan saingan sengit apabila akan melakukan pendakian pada ketinggian 1,217 meter (berstatus hors) menuju ke puncak Gunung Jerai pada peringkat keempat.

Semua peserta akan melalui lima peringkat perjalanan dengan permulaan sejauh 161.1 KM iaitu dari Shah Alam ke Hutan Melintang, Perak.

Ia diikuti perjalanan dari Lumut ke Kuala Kurau sejauh 145.2 KM pada hari ini sebelum menempuh perjalanan sejauh 138.5, bermula dari Kuala Kangsar menuju ke Kulim.

Jumaat, para peserta akan mula mengayuh dari Kulim ke Gunung Jerai membabitkan 101.3 KM sebelum peringkat terakhir pada Sabtu membabitkan sejauh 132.8 KM dan berakhir di Alor Setar.

Berita Harian X