Selasa, 29 Ogos 2017 | 12:38pm

KL2017: Silat sumbang dua emas

KUALA LUMPUR: Skuad silat negara menghadiahkan dua lagi pingat emas menerusi Muhammad Faizul Nasir dan Siti Shazwana Ajak, sebentar tadi.

Muhammad Faizul memulakan hari terakhir sukan silat dengan cemerlang selepas menumpaskan pesilat Vietnam, Nguyen Dinh Tuan 5-0 pada aksi final acara tanding kelas B lelaki.

Siti Shazwana meneruskan aksi cemerlang pesilat negara apabila turut meraih emas kategori tanding kelas D wanita, dengan menewaskan atlet Thailand, Rewadee Damsri, juga dengan keputusan 5-0.

SITI Shazwana Ajak (biru) ceria selepas berjaya menumpaskan pesilat Thailand, Rewadee Damsri pada final acara silat tanding kelas D wanita di Stadium Juara, Kuala Lumpur, sebentar tadi - Foto Syarafiq Abd Samad

Dua pingat emas itu menyaksikan skuad silat negara kini sudah mengumpul lima emas secara keseluruhan.

Skuad negara memerlukan tiga lagi pingat emas untuk mencapai sasaran awal lapan emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

MUHAMMAD Faizul Nasir meraikan kemenangan selepas mengalahkan pesilat Vietnam, Nguyen Dinh Tuan (biru) pada final acara silat tanding kelas B lelaki di Stadium Juara, Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Syarafiq Abd Samad

Berita Harian X