Khamis, 24 Ogos 2017 | 6:36pm
ATLET Pencak Silat Negara, Mohd Taqiyuddin Hamid (kanan) dan Rosli Mohd Sharif meraih pingat emas acara Pencak Silat Seni (Artistic) Ganda di Sukan SEA KL2017 di KLCC. - Foto Zulfadhli Zulkifli.
ATLET Pencak Silat Negara, Mohd Taqiyuddin Hamid (kanan) dan Rosli Mohd Sharif meraih pingat emas acara Pencak Silat Seni (Artistic) Ganda di Sukan SEA KL2017 di KLCC. - Foto Zulfadhli Zulkifli.

KL2017: Gandingan Ganda Putera cipta sejarah

KUALA LUMPUR: Gandingan Ganda Putera, Taqiyuddin Hamid dan Rosli Sharif mengejutkan banyak pihak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur apabila mencipta sejarah Sukan SEA memenangi emas mengatasi juara dunia, Indonesia.

Pertarungan tiga minit menggunakan kayu dan kerambit, selain aksi akrobatik merbahaya memberikan mereka 582 mata dengan persembahan hampir sempurna.

Pasangan Indonesia, Hendy dan Yolla Primadona Jumpil hanya mengumpul 577 mata untuk memenangi kejohanan dunia - dan mereka tampak gementar apabila tampil selaku pesaing keenam.

ATLET Pencak Silat Negara, Mohd Taqiyuddin Hamid (kanan) dan Rosli Mohd Sharif beraksi pada acara Pencak Silat Seni (Artistic) Ganda Final. - Foto Zulfadhli Zulkifli.
ATLET Pencak Silat Negara, Mohd Taqiyuddin Hamid (kanan) dan Rosli Mohd Sharif beraksi pada acara Pencak Silat Seni (Artistic) Ganda Final. - Foto Zulfadhli Zulkifli.

Walaupun mereka juga sama hebatnya dengan persembahan terbaik, juri memberikan 554 mata untuk pingat perak.

Pasangan Singapura, Haziq Zainal dan Nuajid Hafif menang gangsa dengan 544 mata.

Taqiyuddin gembira dengan kemenangan itu: "Kami sudah berlatih rutin itu sejak dua tahun lalu dan ia berbaloi apabila kami menghadiahkan negara emas (ganda putera) buat kali pertama.

"Kami yakin akan memenangi emas, namun kami tidak menjangkakan pungutan mata yang bagus seperti itu," kata Taquyuddin yang juga seorang anggota polis.

Rosli yang juga seorang pesilat sepenuh masa, berkata dia melupakan semua perkara lain ketika beraksi.

"Tiada tekanan terhadap saya, saya tidak mempedulikan penonton dan juri untuk memberikan perhatian terhadap persembahan saya," kata Rosli.

Ketika penonton Malaysia dan pegawai silat ceria meraikannya, ketua jurulatih Ganda Indonesia, Tulus Priyadi tampak berang.

"Tidak munasabah. Tidak munasabah".

"Jumlah mata yang diberikan juri Malaysia tidak munasabah, mata tertinggi kejohanan dunia sekalipun hanya 577," kata Tulus.

Berita Harian X