Sabtu, 22 Jun 2024 | 4:22pm
Tun Dr Mahathir meluangkan masa melawat Faisal di kediamannya. - Foto ihsan Faisal Halim
Tun Dr Mahathir meluangkan masa melawat Faisal di kediamannya. - Foto ihsan Faisal Halim

Faisal dapat 'tonik' daripada Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya hari ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey akui gembira dengan kunjungan negarawan itu.

Katanya, dia akan terus cekal dan berusaha untuk segera pulih daripada kecederaan selepas dianiaya oleh individu tidak dikenali.

"Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

"InsyaAllah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan," kata Faisal.

Sebelum ini, Faisal diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid pada 5 Mei lalu.

Susulan insiden malang itu, Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan dan kini dia sedang menjalani proses pemulihan.

Sehingga kini, pesalah masih diburu oleh pihak polis yang masih menyiasat dalang di sebalik insiden itu.

@bharianmy

Faisal dapat tonik daripada Tun Mahathir #BeritaDiTikTok

♬ original sound - Berita Harian

Berita Harian X