Rabu, 19 Jun 2024 | 11:11pm
Pemain Albania, Qazim Laci meraikan gol pertama ketika aksi Kumpulan B Euro 2024 menentang Croatia di Hamburg Volksparkstadion, Hamburg. - Foto REUTERS

Pemain Croatia, Luka Modric ketika aksi Kumpulan B Euro 2024 menentang Albania di Hamburg Volksparkstadion, Hamburg. - Foto REUTERS

Pemain Croatia, Andej Kramaric meledak gol penyamaan ketika aksi Kumpulan B Euro 2024 menentang Albania di Hamburg Volksparkstadion, Hamburg. - Foto REUTERS

Pemain Albania, Klaus Gjasula menjaringkan gol sendiri ketika aksi Kumpulan B Euro 2024 menentang Croatia di Hamburg Volksparkstadion, Hamburg. - Foto REUTERS

Pemain Albania, Klaus Gjasula menjaringkan gol penyamaan ketika aksi Kumpulan B Euro 2024 menentang Croatia di Hamburg Volksparkstadion, Hamburg. - Foto REUTERS

Albania halang kemenangan Croatia

HAMBURG: Croatia terus buntu memburu kemenangan pertama di Euro 2024 selepas terikat 2-2 menentang Albania di Volksparkstadion, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Zlatko Dalic yang kian menua itu gagal mempertahankan kelebihan 2-1 apabila dikecewakan dengan jaringan penyamaan di penghujung permainan.

Pada aksi terbabit, Croatia ketinggalan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Qazim Laci.

Bagaimanapun, mereka bangkit pada babak kedua dengan dua gol pantas menerusi Andrej Kramaric pada minit ke-74 disusuli jaringan sendiri Klaus Gjasula dua minit berselang.

Croatia cuba bertahan dengan asakan bertali arus dari Albania namun pertahanan mereka tidak dapat menghentikan jaringan penyamaan Gjasula.

Keputusan ini menyaksikan Croatia menghuni tangga tercorot Kumpulan B selepas dua perlawanan, diketepikan Albania menerusi perbezaan jaringan. - AGENSI

Berita Harian X