Khamis, 13 Jun 2024 | 4:17pm
Kesan parut akibat kecederaan dialamai Faisal berikutan insiden disimbah asid. - NSTP/Faiz Anuar
Kesan parut akibat kecederaan dialamai Faisal berikutan insiden disimbah asid. - NSTP/Faiz Anuar

Sebak lihat kecederaan Faisal

SHAH ALAM: Sesiapa yang melihat keadaan fizikal penyerang Selangor FC, Faisal Halim pasti sebak ketika dia hadir membuat kemunculan pertama di depan khalayak umum pada sidang media khas di sini, hari ini.

Melihat keadaan luka di tangan dan parut di mukanya, ia sudah cukup untuk menceritakan kesengsaraan dialami Faisal yang menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli belah Kota Damansara.

Situasi itu memberi gambaran pemain berusia 26 tahun itu masih perlu berehat lama sebelum boleh kembali turun ke padang.

"Jika boleh saya tidak mahu cakap lagi mengenai perkara itu (insiden simbahan asid). Pada ketika itu, saya ingat hanyalah kecederaan biasa namun bila lama kelamaan ada rasa sakit.

"Saya harap pelaku dapat ditangkap secepat mungkin dan di dakwa di mahkamah," katanya.

Selepas mengharungi empat pembedahan sepanjang berada di hospital, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu dibenarkan keluar hospital 25 Mei lalu.

Berita Harian X