Khamis, 6 Jun 2024 | 1:06pm
Joel Matip (kanan) dan Thiago Alcantara antara 10 pemain yang akan meninggalkan Liverpool pada musim panas ini. - Foto AGENSI
Joel Matip (kanan) dan Thiago Alcantara antara 10 pemain yang akan meninggalkan Liverpool pada musim panas ini. - Foto AGENSI

Matip, Alcantara antara 10 pemain tinggalkan Anfield

LIVERPOOL: Joel Matip mendahului senarai 10 pemain yang akan meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Reds dalam persiapan menghadapi kempen baharu tanpa Jurgen Klopp buat pertama kali dalam 10 tahun.

Klopp akan digantikan oleh pengendali Feyenoord, Arne Slot yang sudah menyaksikan skuad bakal diwarisinya mula menyusut.

Thiago Alcantara akan menyertai Matip dalam senarai pemain ternama yang akan meninggalkan Anfield selepas tamat kontraknya.

Namun dua pemain ini boleh berbangga kerana mempunyai koleksi Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool.

Matip ditandatangani pada tahun 2016 dari Schalke dan menjadi antara wira Liverpool selepas 201 penampilan.

Thiago dibeli dari Bayern Munich pada tahun 2020 tetapi pemain tengah itu dibelenggu kecederaan sepanjang berada di Anfield.

Musim lalu, pemain Sepanyol kelahiran Itali itu hanya bermain satu perlawanan - untuk lima minit.

Turut meninggalkan Liverpool ialah Adam Lewis, Melkamu Frauendorf, Mateusz Musialowski, Nathan Giblin, Francis Gyimah, Luke Hewitson, Niall Osborne dan Cody Pennington.

Slot akan meneruskan usaha Klopp untuk mempertahankan Mohamed Salah, yang hanya berbaki setahun dalam kontraknya.

The Reds turut dilaporkan memburu khidmat Ollie Watkins dari Aston Villa bagi menggantikan Darwin Nunez. - AGENSI

Berita Harian X